17 June 2007

Cinta...

Cinta...
Hadirmu dengan rasa tanpa wajah
Mengocak indah di jiwa insan
Membuih rindu di hujung resah


Cinta...
Kau mewarnai tujuh rasa
Sayang, benci, rindu, cemburu, marah, riang dan tangis
Bagai garisan tujuh warna pelangi di dadamu
Bahagia adalah kerabat kesetiaanmu
Curang adalah punca deritamu


Cinta...
Misterimu sukar dimengertikan
Mengapa dalam marah ada sayang?
Mengapa dalam benci ada rindu?
Mengapa ada lara di hujung sentuhanmu...