14 June 2007

Renung-renungkanlah.......

Sedetik menerjah perasaan ini
Hanya Engkau Yang Maha Mengerti
Segala yang terlukis di wajah
Segala yang tersemat di hati
Tidak mampu untukku menepis
Apa yang kurasa
Berulang kali kumencuba
Agar rasa ini jauh dari hati
Bukan kerana aku benci

Tapi
Aku takut hadirnya apa yang dirasa
Menjauhkan aku dari Mu
Tetapi Ya Allah...
Engkau berkuasa atas segalanya
Makin kuat aku menepis
Makin mudah ia menghampiri
Akhirnya......Aku pasrah jika ini ketentuan Mu

Ya Hannan
Tiada insan mampu menepis rasa ini
Rasa kasih, sayang dan rindu
Sesama insan

Untuk itu Ya Karim........
Pimpinlah setiap kasih, sayang,
cinta dan rinduku ini
Agar sentiasa di bawah pimpinan Mu
Jangan sesekali rasa ini dibiarkan menghampiri murka Mu


Ya Ghaffur....
Andai rasa ini di bawah pimpinan dan redha Mu
Sampaikanlah rasa ini terus ke dalam hatinya
Tanpa sebarang bicara nyata
Jadikanlah rasa ini pendorong kepadanya
Untuk terus bermunajat kepada Mu

Ya Rahman...
Pimpinlah rasa ini agar aku terus taqarrub dengan Mu.....