10 July 2007

Bacalah Kalau Kita Ini KAWAN..

Kata mak, kawan itu ibarat lebah.
Habis madu sepah dibuang.

Kata abah, kawan itu umpama bunga ros.
Dipandang cantik dipegang sakit.

Kata atuk, kawan itu seperti air.
Terus mengalir.

Kata nenek, kawan itu bak bulan.
Dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana.

Kata saudara, kawan itu makanan.
Kawan makan kawan.

Kata abang, kawan itu lembu.
Mengikut saja apa dikata.

Kata kakak, kawan tak ubah macam durian.
Bau saja busuk tapi sedap dimakan.

Kata adik, kawan itu macam biskut.
Sekejap ada sekejap tak ada.

Kata aku, kawan itu tak kisahlah macam mana.
Walau dia ibarat lebah, umpama bunga ros.
Seperti air, bak bulan, seperti lembu.
tak ubah macam durian dan macam biskut...
Dia tetap kawan.....
Tau sebab apa?
Sebab sekali aku dah kawan dengan dia.
Selamanya dia tetap KAWAN aku......