24 October 2007

Tak Minat Ke Tak Tahu?

Assalamualaikum...ni nak berleter sikit ni. Dalam ramai kawan-kawan yang rajin dok layari internet....ada sesetengahnya boleh dikatakan hari-hari, masih ramai yang tak tau macam mana nak buat blog atau website...bukanlah maksudnya aku pandai tapi kadang-kadang diorang lebih kepada malas nak buat lepas tu bagi alasan tak minat...tapi minat pulak masuk 'social networking' macam Friendster, Myspace dan lain-lain...mungkin sebab senang kot...semua dah tersedia...tapi aku rasa dengan bangunkan laman blog ni lebih bersifat peribadi...maksudnya tak terkongkong sangat....cuma kena guna punya kreativiti kita nak set bagi nampak cantik...atau lebih melambangkan diri kita...lagipun banyak kemudahan yang disediakan....ada sesetengah 'platform' yang sediakan kemudahan 'blogging' yang betul-betul murah hati...contohnya..blog yang aku bangunkan ni guna 'platform' dari Blogger...walaupun mudah tapi bagi 'beginner' memang serabut sikit la kepala otak tapi masih bagus...percuma pulak tu...aku bagi contoh lain la ye...kat bawah ni ada 'screenshot' dari blog aku yang lain (klik sini atau klik kat gambar pun buleh kalau nak tengok yang betul-betul punya).




Aku gunakan 'platform' dari Multiply...diorang dah sediakan boleh dikatakan 90% apa yang kita nak dalam sesebuah laman@blog kita...bukanlah aku nak 'promote' tapi hanya nak tunjuk jalan pada yang belum nampak...pada yang dah terang benderang mata tu...toksah cakap la kan...apa sangat la blog aku ni...eh silap...blog aku dengan 'my future wife' hehe...sori zie...anyway...ada satu kes tu...toksah sebut la siapa kan...cuma dia ni ada sikit-sikit minat nak buat blog...cuma disebabkan 'kemalasandankekuranganpengetahuan' buatkan dia diam je...tapi bila aku cuba ajar dia (setakat mana yang aku tau la)...fuh!...lebih sudu dari kuah lak...hehehe...jgn marah ye...api semangat berkobar-kobar je nak 'update' blog lepas tu...macam tak sempat-sempat....tapi oklah kan...bertambahlah aku punya 'links'.... thehehe.... adoi...banyak pulak aku merepek ni...takpalah...lain kali pulak la...satgi makan ruang lak untuk si dia nak 'post' leteran (dah lama tu)...kuang kuang kuang...ok...adios...