14 November 2007

Anak Murid Kesayangan


Aku dan Murid Tahun 1 Dahlia


Mesyuarat pada hari ni dah menetapkan tugas guru-guru pada tahun depan. Syukur aku tak kena mengajar murid tahun 6. Yang pasti muka-muka depa ni bakal aku hadapi lagi pada tahun-tahun hadapan. 1 Dahlia naik jadi 2 Dahlia dan aku jugalah guru kelas mereka.Walau kenakalan mereka sering buat aku pening kepala, dalam diam hatiku terhibur dengan telatah mereka yang kadang kala mencuit hati kecil ku. Mudah-mudahan mereka akan berjaya mencapai cita-cita (walau mereka sekarang belum tau apa maksud cita-cita) Cikgu doakan kejayaan kamu semua....