06 November 2007

Ingat Senang Ke Nak kawin?

Assalamualaikum...
Nak cerita sikit tentang pengalaman nak uruskan soal persediaan perkahwinan...
Walaupun mungkin sama dengan orang lain, tapi bagi merasai sendiri macam mana proses tu buatkan aku dapat meyelami kata-kata ustaz yang bagi ceramah masa kursus kawin hari tu (dah lupa lak namanya) ...katanya nak kawin ni memang cukup menyusahkan...kena melalui pelbagai peringkat dan halangan...nak isi borang tu, nak isi borang ni, nak kena jumpa orang tu, nak kena jumpa orang ni...lagi susah kalau tempat kerja kita tak bagi peluang untuk kita uruskan hal-hal macam tu. Tapi kata ustaz tu, kalau pasal penceraian...senang je, sekelip mata je...tak sempat nak bersin pun..hehe...satu benda yang halal, yang tak melanggar hukum tapi paling dibenci oleh Allah s.w.t. Aku pun waktu mendengar ceramah tu, tiba-tiba terfikir pasal Azie... (ye sayang...hehe) Aku harap tak akan datang waktu yang 'nak bersin pun tak sempat' tu dalam hidup kami nanti...minta dijauhkan dari hidup kami. Amiin...

Balik bab persediaan kahwin tadi (entah mana-mana dah aku melalut) aku pesan la kat kawan-kawan, mana-mana yang dah gatal nak kawin tu..hehehe..kalau buleh jangan ditangguhkan...mana yang boleh buat dulu tu, selesaikan secepat mungkin sebab persediaan dari segi kenduri-kendara pun kena fikir gak...nanti abis berserabut kepala otak. Cuma nak ingatkan....kenduri kendara yang macam Dato' K dgn Dato' Siti buat tu tak ada gunanya kalau tak diluluskan permohonan atau kebenaran berkahwin dari pejabat agama dapat lewat...hu hu hu...makan free je la tetamu...bila ditanya "mana pengantin?"..."minggu depan" jawab tukang masak nasi kenduri...hahaha... (jangan kena kat aku dah la)

Alhamdulillah...setakat ni...proses permohonan untuk berkahwin, berjalan lancar...walaupun ada sedikit kesulitan...biasa la tu kan...tapi risau gak...dengan tarikh yang semakin dekat ni...naik gabra je hari-hari...tak senang duduk. Kadang-kadang ada masa aku berdoa, cepatlah sampai masa...tak tahan dah aku ni...bukan tak tahan apanya...penantian tu kan satu penyeksaan...lebih cepat selesai...kira legalah sikit hati dan perasaan aku ni...kira dah selamat ;)

Dah la tu...esok-esok pulak aku cerita...hari ni dah pening-pening lalat dah ni...adios