30 January 2008

Kematian Datang Bila-Bila

Pagi tadi, sekolah kami dikejutkan dengan berita kematian nenek salah seorang guru di antara kami. Simpati kami melihat, tapi berat lagi bahu yang memikul berita itu.Tiada apa yang mampu kami berikan selain mengucapkan takziah. Apa yang memilukan, bila memikirkan kalau perkara seumpama itu berlaku pada diri sendiri.Apatah lagi kalau orang itu orang yang paling kita sayang. Teringat satu ketika dulu, bagaimana sedihnya hati bila datuk meninggal pergi tanpa disangka.Aku tidak sempat melihat wajah arwah datuk sebelum dikebumikan.Bukan tidak mahu balik,lantaran aku di kejauhan.Tiket untuk pulang pula tiada...Terasa begitu sukar berada di perantauan.Bila berlakunya kes-kes kecemasan, sukar untuk kami (guru-guru semenanjung) tiba tepat pada masanya. Kadang-kadang pelbagai kekangan yang wujud tika itu.Itu kali kedua kulalui.Kali pertama sewaktu pemergian arwah ibu mertuaku.Tidak sempat kulihat wajahnya buat kali terakhir.Walau hati ini terlalu ingin melihatnya. Tapi apakan daya.Semoga arwah atuk dan mak tenang bersemadi di sana. Andai diizin Tuhan, pasti kita akan bertemu semula di akhirat kelak.Insyallah....Pada yang hidup, marilah kita sama-sama meningkatkan amalan agar kehidupan kita 'di sana' nanti lebih terjamin.Amin.....