30 January 2008

Muntah...Oh Tidakkkkkk.....

"Cikguuuuu.......Carolina muntah dalam kelas.Banyak cikgu.Habis satu meja." Datang 4 orang budak kelas 2D menerjah ke dalam bilik guru. "Hah?" Terkejut beruk aku dengar.

"Cikgu sape yang ada dalam kelas?"
"Tak de cikgu..."

Dengan muka kelat aku pun naik ke kelas 2D.Huru-hara dalam kelas tu sehinggalah aku perintahkan mereka duduk tempat masing-masing. Aku pergi mendapatkan Carolina. Ya Allah....Selambak muntahan mee atas meja dan di bawa meja tempat duduk dia. Segera kualihkan Carolina ke tempat lain. Sementara tu,ku perintahkan ketua kelas untuk pergi mendapatkan air.Tuhan saja yang tahu betapa aku menahan rasa loya ketika nak cuci muntah tu.Dalam hati menganggap, macam nilah kalau anak aku sakit nanti. Muntah dia ke, najis dia ke...akulah yang kena cuci.Alhamdulillah,berjaya juga aku bersihkan muntah tu. Nasiblah bila lunch tadi tak lak aku loya nak makan mengenangkan tragedi tadi.Hehehe......