04 January 2008

Selamat tinggal 2007... bersedialah 2008!

pejam celik pejam celik dah sampai pun ke tahun 2008...kalau masa kecik-kecik dulu selalu membayangkan macamana keadaan diri bila dah tiba tahun 2000....kali ni dah 2008, tak lama lagi akan tiba 2020....masa berlalu amat pantas sekali....

2007 banyak meninggalkan kenangan dalam hidup aku. banyak kisah suka duka yang aku harungi dalam 2007....saat aku merasakan kesedihan yang teramat sangat bila ibuku yang tersayang...pergi meninggalkan aku selama-lamanya, tanpa aku dapat melihat wajahnya kali terakhir...tanggal 2 September 2007 akan kuingati hingga ke akhir hayat...

sesungguhnya aku bersyukur pada yang Esa...sekurang-kurangnya ibuku sempat mengenali siapa bakal isteriku dan 1 Disember 2007 aku menangis dalam dakapan isteri tercinta...mengenangkan ibuku tercinta, bahagia yang bakal ku kecapi, kegembiraan melengkapkan hidup aku dengan hadirnya seorang isteri...terselit duka...hari bahagiaku tanpa dirinya...

disini aku dan bagi pihak isteriku, mengucapkan selamat tahun baru kepada kawan-kawan dan sahabat handai... tanggal 10 Januari 2008 lengkaplah tahun yang sudah...menjelmalah tahun yang baru...semoga sentiasa berbahagia di samping insan tersayang...

p/s jangan ingat nak sambut tahun baru omputih je... awal muharram kena amik tau gak. ingat la kita ni sapa...no cek no....hehe.adios.