22 February 2008

Ayam



Hari ni pun kelas aku padat macam biasa. Dari seawal 7.20 sampailah 11.10. Tak de pe yang menarik sangat hari ni. Cuma waktu terakhir kelas ada something yang mencuit hatiku. Melihatkan gelagat murid tahun 1.Aku masuk kelas diaorang ni untuk ajar pendidikan seni visual.Rata-rata murid dalam kelas ni buta huruf.Kalau dalam istilah pendidikan diaorang ni semua di bawah program KIA2M...

Masa aku tengah ngajar depan kelas, adalah sorang budak ni yang panggil aku. Katanyanya ada orang bawa 'ayam' datang sekolah. Ada yang main 'ayam'..Kalau dulu aku terpinga2 dengan istilah 'ayam' tu, tapi kini aku mampu tersenyum kerana aku faham dengan apa yang dimaksudkan oleh murid tadi.Apalagi, macam biasa aku rampas dari tangan budak tu. Kalau korang nak tau pe dia, gambar yang kat atas tu lah 'ayam' yang dimaksudkan oleh bebudak ni tadi..Actually dah banyak kali aku rampas. Dah bertimbun koleksi 'ayam2' tu kat umah aku. Kat sini ramai kaum iban. Bahasa yang diaorang gunakan adalah bahasa iban.'Ayam' ni maksudnya permainan.Kalau ayam yang kita makan tu diaorang panggil "Manok"...

Habis pasal ayam, masuk bab gelagat bebudak ni dalam kelas.Tak lah nakal sangat.Tapi banyak mulut.Ada yang sorang ni memang kuat bercerita.Masa mewarna tadi pun sibuk bercerita pasal kapal angkasa.Sampai aku sendiri tak larat nak layan...Itu satu kisah.Satu kisah lagi yang nak gi 'kemeh'.....'Kemeh' ni pun bahasa iban.Maksud dia kencing.Budak ni nak gi kencing tapi takut nak gi sorang2.Aku suruh pergi sorang2, tapi dia stay kat situ je.Tak bergerak2.Macam dah tak tahan sangat sampai dok pegang anu dia.Aku yang naik risau takut dia terkencing dalam seluar.Aku panggil sorang kawan dia untuk temankan.Barulah dia nak bergerak dari tempat duduk dia.Untuk pengetahuan semua,gambar yang satu lagi kat atas tu, gambar kelas tahun 1 yang tengah sibuk mewarna gambar winnie the pooh...