14 February 2008

Cicak Man vs Oggy The Cockroach

Cite pe lak kali ni ye.....just to share some story with you all.Kejadian pelik tapi benar.Cuma tak direkodkan secara lisan dan bahan bukti bergambar. Malam semalam, tengah syok-syok aku dan Ira (housemate) layan cite Rafflesia kat astro prima,tiba-tiba je mata aku sekilas terpandang pada objek yang melayang dan hinggap di peti ais. Macam pernah tengok je aksi tu. Ya Rabbi......sejenis makhluk yang aku dan Ira memang alergik..hang pa tau pa dia? Makhluk ni memang jenis pengotor n merayap.Sometimes dia terbang. Eiiii.....Cockroach. I hate it...Pe lagi, kami pakat jerit tengok makhluk tu. Macam nak terbang kat kami je. Tapi nak mujurlah bukan kami yang dia 'aim'. Dia hinggap kat dinding. Kami yang masih dalam keadaan terkejut, memikirkan cara terbaik nak halau lipas tu. Tengah dok fikir-fikir kami nampak seekor cicak yang tengah dok usya lipas tu. Perghhhh...terkejut beruk kami bila tengok dengan sepantas kilas dia ngap lipas tu.Rasa-rasanya lipas tu lagi besar dari cicak tu. Kebuluq sungguh gamaknya cicak tu sampai lipas pun dia pulun...Tapi kesian aku tengok. Seksa cicak tu nak telan lipas....Nak tunggu sampai habis cite, aku n Ira dah tak larat.Ngantuk dah masa tu. Masuk bilik terus tido. Dah tak fikir dah pasal si cicak n si lipas tadi......Ntah kan hidup ntahkan mati tercekik. Kami pun tak tau....Cicak Man?Oggy The Cockroach? Tu nama hero dalam cite kali ni....Moral of the story, sesuatu yang mungkin di luar jangkaan kita mampu jadikan kenyataan andai ada usaha dan ihktiar. Macam cicak tadi lah......