22 February 2008

Dinner

Hujung minggu ni aku tinggal sorang-sorang kat umah.Housemate lain seme ada hal kat Bintulu.Sedihnya lah aku coz terpaksa menghabiskan hujung minggu yang membosankan seorang diri.Malam punyalah aku malas nak ke dapur. Sebab fikir aku masak untuk perut aku je.Nak makan maggi perut aku dah naik mual.Dengan dorongan n semangat dari suamiku, barulah aku bergerak ke dapur dengan jayanya.Sambil masak,sambil borak dengan abang.Mujurlah aku ada suami (walaupun jauh beribu batu).Kalau tak mati kutu aku kat sini.

Taraaa.....sepertimana yang korang boleh tengok.Dengan berkat usaha aku, maka terhasil lah menu2 kat atas tu.Banyak kan untuk isi perut aku seorang?Aku pun tak tahu berapa hari aku terpaksa panaskan lauk2 ni nanti.Kalau ada abang, dialah tukang perabih :) Ni tak de,terpaksalah aku simpan dalam peti sejuk n panaskan keesokkan harinya. Jemput makan semua...... :)