20 February 2008

Kejauhan Mengajar Erti Kerinduan

Apa sebenarnya erti rindu itu?Dulu,aku tak pernah ambil tau....Aku juga menidakkan perumpamaan "Bagai Pungguk Merindukan Bulan".Ah, apalah punya pungguk. Kenapa bulan yang mesti dirindukan? Pupuskah sudah pungguk di bumi ini?

Kini aku mengerti apa itu rindu. Aku juga telah menjadi seperti sang pungguk itu. Sentiasa memerhati sang bulan dari jauh. Nampak jelas di mata, tapi aku tidak mampu menyentuhnya. Setiap hari aku menantikan kemunculannya. Kadang-kadang ia muncul. Adakala tenggelam dalam kelam malam. Kala itu hanya kesunyian yang menemani malamku. Terlena dalam menanti sinaran bulan. Betapa aku seperti pungguk itu yang sentiasa mengharapkan bulan itu jatuh ke riba.

Kejauhan mengajar aku menjadi insan tabah. Mengajar aku erti rindu....... Rindu yang membuahkan rasa sayangku padanya. Mencambahkan setiap benih cinta yang selama ini kutanamkan untuknya.Tiap hari yang berlalu membuatkan rasa sayang ini kian mendalam. Oh, Tuhan...Janganlah kau jauhkan dia dariku. Perpisahan ini kurelakan.....Namun kurniakanlah aku seribu ketabahan dalam mengharungi hidup tanpanya di sisi.Sunguh kumerasakan kekososngan tanpa dirinya.Agar perpisahan ini akan berlalu suatu hari nanti....