16 February 2008

Tips Mengambil Hati Pasangan

Agak menarik juga topik kali ni. Sekadar berkongsi info yang aku perolehi ketika melayari beberapa laman web berkaitan alam rumahtangga. Tak kunafikan, banyak ragam dan dugaan di dalamnya. Kalau tak bijak mengatasi dan menanganinya, bergoyanglah institusi rumahtangga. Tips yang cuba aku kongsikan ni mungkin boleh dijadikan panduan bagi mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. Selamat mencuba (termasuk diri aku sendiri.hehehe.....)

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Tips mengambil hati isteri

  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Lebih banyak tips akan ditambah. Anda juga boleh mendapatkan buku Tips kebahagiaan rumahtangga oleh Ustazah Siti Nurbahyah yang di dalamnya terkandung 23 bab sarat dengan pengisian dan juga teknik urutan cakar harimau dan urutan labah-labah (bab 6) yang hangat diperkatakan.