17 March 2008

Bermulanya Semula

Hari ni sekolah dah mula macam biasa. Tapi hatiku macam tertinggal di semenanjung...Tapi kepulangan kali ni tak lah aku rasa sedih sangat. Coz rabu ni aku akan balik semula ke Semenanjung.Pantang ada cuti lebih dari dua hari aku mesti rasa nak balik sana.Khamis cuti 'Maulidur Rasul' dan Jumaat cuti 'Good Friday'. Balik untuk jumpa suami tersayang.Pasal duit, aku tolak tepi.Biarlah orang ingat aku berduit coz banyak kali balik.Banyak keluarkan modal untuk tambang.Aku tak heran semua tu (taklah kata aku ni tak berduit,tapi cukuplah untuk tampung hidup walau tak bermewah-mewahan).

Walaupun kepulangan ku nanti hanya untuk beberapa hari, aku dah cukup bersyukur. Dapat juga kuluangkan masa untuk suami tercinta. Tapi untuk melalui saat-saat selepas tu yang paling perit. Pertemuan yang seterusnya memakan masa lebih kurang dua bulan.Harap-harap hati ini akan tabah selalu.Andai nasib menyebelahi, cuti sekolah bulan 5, aku dah tak perlu ulang alik dari Sarawak ke Semenanjung dan kami tak perlu terpisah lagi.Aku nak isi borang tukar bulan 4 ni. Keputusan dapat sebelum cuti sekolah bermula (penghujung bulan 5). Kawan-kawan, doakan aku berjaya ye........ :)