31 March 2008

Kejora Cinta

kepasrahan duniawi alis kemelut pertiwi
keteguhan peribadi laksana jangkauan infiniti
kejora dua insan bercinta
mengharap kasih , meruntun jiwa
simbahan kurnia impian nyata
kesepian hidup berganti ceria

kelam coretan sekilas pandangan
sangsi akan realiti kehidupan
mentaliti kematangan aruhan perasaan
keperibadian mulia seiring kemesraan

Janji........
walau sekali jangan dimungkiri
nanti hilang keyakinan diri, lenyap persepsi

Hari ini peluang menanti
mungkin esok tiada lagi.....

cetusan nurani pembentuk kendiri
ahklak murni insan sejati
seanggun bidadari di Taman Firdausi

Ingat...
bercinta biarlah berpada
berkasih sepanjang masa
hidup bahagia aman sentosa