27 March 2008

Misteri Terungkai

Hari ni terjawab lah tentang dari mana datangnya lebihan gaji aku tempohari. Slip gaji yang aku ambil dari pigeon hole, merungkaikan segala-galanya. Excited giler aku masa nak buka tu. Berdebar-debar pun ada.Lebih-lebih lak kan..hehehe....Bila dah buka tu, aku rasa macam nak melompat je. Duit tu actually duit tunggakan gajiku. Rupanya aku dah disahkan dalam jawatan.Aduishh, macamana aku boleh tak tau ni.....Aku hidup di dunia mana selama ini.wuhuhuhu......Sumhow,aku bersyukur.Bertambah rezeki aku.

La ni, aku dah tak perlu ragu-ragu nak gunakan duit tu.Aku boleh perabihkan tanpa prejudis...Harta ni ana yang empunya....hahahaha...bunyi macam jahat je kan.....hehehe....Tapi aku ingat pesan mak aku, gaji tiap bulan jangan lupa simpan. Tak dapat banyak, sikit mesti ada.So, aku rasa aku tak perlu berjoli dengan duit tu. Banyak lagi benda-benda penting yang perlu aku uruskan dan settlekan....Tambah lah aku ni baru je berumahtangga (tapi setau aku, kuarters yang aku duduk sekali dengan abang tak pakai tangga.Naik guna lif je.Melainkan kalau kecemasan.hehehe). Well, dah kawin ni tau2 je lah.Banyak keperluan yang nak diadakan. Target utama kami sekarang nak beli kete...Model pe?Jeng...jeng....Aku dah suruh abang survey kete pe yang kami bakal guna.Kita tengok jelah nanti ye.Kete pe yang bakal kami beli ;) . Sekarang ni tengah bergiat dengan cergas untuk kumpul duit "downpayment"