24 March 2008

Terbang Di Langit Biru














Actually,post ni aku nak hantar semalam.Tapi disebabkan line kat tempat aku tak de, terpaksalah aku tangguh ke hari ini.

Semalam aku dah fly balik ke Sarawak...Tiba di LCCT kul 11 lebih.Hubby aku yang hantar.Saat-saat tu aku rasa perit sangat perpisahan tu.Hubby aku nasihat "Jangan sedih-sedih.Kita dah pernah lalui 2 bulan yang lepas.....2 bulan yang sama.Tak lama 2 bulan tu".Lebih kurang macam tu lah bunyi nasihatnya.Memang betul.Kami dah lalui 2 bulan perpisahan sebelum ini.Tapi bagi aku cukup terseksa,jiwa dan raga...Separuh dari jiwa rasa macam hilang.Aku tak pasti, masih tabahkah hatiku seperti dulu.Sedangkan takkala menatap wajah abang di saat-saat akhir,aku rasa macam aku nak peluk dan tak nak lepaskan.Hati meruntun....Kalau boleh nak bawak abang sama2...Tapi apakan daya....Dugaan ini kena juga aku tempohi...Mahu atau tidak...Tabah atau tidak..Aku tetap kena lalui...

Sepanjang penerbangan, hanya wajah suamiku yang kulihat di balik awan-awan yang memutih.Senyumannya..tawanya.....aku rindukan semua tu...Tak kunafikan,pemandangan di atas sana cukup indah.Seketika aku lupa pada pedih yang aku tanggung...Sempat aku snap beberapa gambar untuk dikongsi bersama....Kalau dulu aku tak pernah fikir bahawasanya pengangkutan udara ini akan jadi pengangkutan ulang-alik aku....Tapi kini,inilah kebenarannya.Aku terbang di langit biru bersama awan-awan putih yang indah...