22 April 2008

Antara Kebenaran Dan Kemenangan

@blogmenjerit warghhhhh!!! (sori incik BM...pinjam ikon jerit ye)

Selama ni kan...penah tak korang rasa seperti mana aku rasa? tak penah? apsal tak penah? sebab aku belum cerita apa yang aku rasa? hehe... @ayuk

Bayangkan korang berada dlm keadaan bilamana sesuatu pendapat atau idea yang korang nak bagitau contohnya pada kawan korang....tapi disalahertikan, dah tu pulak...bila korang cuba menegakkan pendapat..at least apa yg korang anggap betul dan munasabah korang didakwa (bkn kat mahkamah la) hanya suka menganggap semua pendapat korang tu betul je...pendek kata asyik nak menangkan diri korang je...lebih kurang macam tu la...kalau tak paham gak pegi cari lombong terjun la wei...huhuhu

Kes macam tu la yang jadi kat aku dua tiga hari lepas.... masalahnya... pendapat yang aku bagi tu memang dah sah betul...kalau tak mungkin aku pun takde la nak berkeras sgt kan...tapi yg aku hairan dan mengoptimakan tahap darah tinggi aku (aku takde penyakit tu tau) mamat2 yg tak puas hati sebab pendapat diorang tak masuk dek akal tu pakat2 serang emosi aku...dengan sengaja...nasib aku tak sampai tahap nak naikkan lima buku yang selalu aku bawak ni...kalau tak dah jadi kes lain lak kan...nasib baik aku sabar lagi...

tapi tu la...dah berlalu lama dah kejadian tu...tp rasa mcm tak best lak...aku pun kadang2 nak tido tu...termakan gak la kata2 diorang tu...terpikir betul ke aku orang yang macam tu? hanya nak memenangkan apa saja yang aku pikir betul...naik runsing gak la kan...aku ni kalau buleh tak nak la cari kebencian orang lain...walaupun musuh aku sendiri (dah nama musuh tu benci la kot - apa la aku ni) tak nak bagi kesusahan kat orang...kalau buleh tu...ke mana je aku pegi kira nak senyummmm je....biar orang kenal aku sebagai orang yang tak sombong... pandai berkawan... ramah... ringan tulang... tapi aku pun tau... aku tak dapat puaskan hati semua orang...sebab mati la aku kalau nak kena ikut semua orang...masing2 ada pendapat sendiri... jenuh la nak ikut kan...

Dan dari kejadian tu aku dapat satu pedoman atau pengajaran... aku perlu mendengar pendapat orang lain (walaupun ada yang tak masuk akal langsung) dengan lebih terbuka...sekurang-kurangnya mengambil hati... dan pada masa yang sama kawal perasaan aku untuk bagi pendapat... bukan apa... takut orang lain kecik hati bila pendapat dia ternyata hampeh dan tak berguna atau yang sewaktu dengannya... @sinchan

Dah la tu...maleh aku nak taip lagi dah...ada baiknya beta pegi buat keja lain lagi bagus @ngiler

Adioss!