29 April 2008

Cuttiest

Very cute little baby












Ni nak tunaikan permintaan Cheryna @ Sha, one of our blogger's friends @kenyit Dia ask bila nak ada gambar baby. So, untuk tidak mengecewakan beliau..taraaaa...... (harap sha puas hati ye. hehehe)

Cute kan. Kalau leh, kami pun nak baby yang cute camtu @ lebih2 cute dari tu. Kalau masa bujang dulu aku seriau dengan soalan, "Bila lagi anak dara yang sorang ni nak kawin?"Aku rasa cam mau nyorok bawah meja je masa tu. Nak lari dari soalan2 yang cenggitu. Tapi tahun lepas, bila aku habaq kat depa semua aku nak kawin, semua pakat terkejut... Awat? Sik cayak ka? hehehe.... Depa semua terkejut time tu coz aku nak kawin tiba-tiba je. Angin tak ribut tak....tup tup je dah ada orang nak masuk minang. Sebab aku tak cite kat siapa2 pun pasal aku kenal ngan husband aku masa tu.

Dah kawin ni lak, soalan lain aku dapat. "Dah ada isi? Dah uwek uwek?" dan macam2 lagi soalan yang sewaktu dengannya. Masa ni lak aku rasa cam nak lari marathon je. 4 x 400m. Mesti aku leh johan nyer.... huhuhu. Aku alergik dengan soalan ni. Tapi itu kisah dulu. Masa tu aku rasa soalan tu agak sensitif. Pada aku, sapelah yang tak nak anak. Semua nak. Tapi rezeki je belum ada. Tapi itu dulu lah. Seawal perkahwinan. Sekarang aku tak kisah sangat. Kalau orang tanya pun aku tak ambil hati. Aku suka jawab soalan2 tu dengan jawapan "Kami sedang berusaha keras." Kurang asam tak jawapan aku tu? @senyum

Buat kawan2 yang menantikan berita gembira dari kami, sabaq2lah ye. Ada je nanti kami akan terus warwarkan seluruh asia pasifik..hehehe @sinchan