28 April 2008

Detik Pertemuan

Assalamualaikum.
Hai kawan-kawan..........................

Petang2 ni sesaja nak menambah cerita dan menyingkap semula sejarah lama.. Sejarah di mana bermulanya sebuah pertemuan antara "aku dan dia". Macam best lak bila kenang2 semula. Ok tak kalau aku share ngan korang? huhuhu...... Bila kami mula kenal? Rasa2 baru je lagi. Sekitar bulan 4 tahun 2006. Itu seingat akulah. Sebelum tu, Zariel dah pernah contact aku melalui sms. Mula2 identitinya dirahsiakan. Aku tak tau dari mana dia dapat nombor fon aku. Cungkil punya cungkil dengan bantuan Mr Z (nama dirahsiakan atas isu keselamatan hehehe), aku berjaya jejak cite asal. Oohh..pandai abang ye, nak kenakan Zie masa tu :p Rupa2nya Mr. H yang bagi nombor fon aku kat Zariel. Hang Mr. H, memang tak patut tau. Tak habaq pun kat aku. Hang pakat dua2 na? Mr. H, kalau awak baca post ni, saya nak ucap terima kasih lah. Kerana awak, kisah KAMI bermula.... hehehe.... (kena guna saya awak... itulah bahasa yang kami gunakan bila berborak)

First time Zariel sms tu, aku ada perkhemahan kat Kuantan. So, aku tak dapat nak layan sangat coz bz dengan aktiviti. Balas pun ala kadar jelah. Masa tu, aku masih menuntut di Institut Perguruan.

Pastu lama kami terputus hubungan. Tak tau sebab apa. Then muncul semula sekitar bulan 9 tahun 2006. Masa tulah bermula semula persahabatan kami. Dari sms sampai lah ke coling2 ni. Masa tu aku single mingle. Setelah beberapa tahun tidak meng'couple'kan diri (ada ke istilah cam2? perosak bahasa sungguh aku ni. huhu..) Masa tu aku dah pasrah. Penat dengan kelukaan yang dah banyak kali aku lalui. Aku dah malas nak bercintan-cintun ni. Buang masa aku je. Kalau dapat aku nak terus kawin je. Pastu baru bercinta. Dasat pemikiran aku masa tu...hehehe

Rupa2nya bukan aku je fikir camtu, dia.... alah dia tu lah... hehehe.... dia pun fikir sama cam aku. Lebih percaya cinta lepas kawin yang lebih manis. Memang aku rasa time tu aku dan dia ambil tindakan nekad, berani mati... Kami kawan dalam 3 bulan, selepas 3 kali pertemuan (lebih kurang kot.Tak ingat sangat), decide untuk bertunang. Kalau ikutkan memang kami tak cukup kenal hati budi masa tu. Apatah lagi jumpa pun jarang-jarang sekali. Sebetul2nya kami bercinta, selepas bertunang pada bulan 5 tahun 2007. Masa tu lah baru rasa sayang tu betul2 berputik. Tapi sayang, aku dah kena posting kat Sarawak masa tu. Bertambah jaranglah kami bertemu.

Aku pendekkan cerita jelah. Dah panjang sgt ni. Nanti korang bosan lak baca :) Banyak gak dugaan yang aku tempuhi dalam melangkah ke gerbang perkahwinan. Pernah gak aku hampir2 putus tunang dengan Zariel. Aku menangis sampai bengkak2 biji mata selepas 2 hari aku ditunangkan. Bukan berpunca dari kami, tapi pihak lain. Biarlah aku rahsiakan atas sebab apa ye :) Nak kawin dulu pun, aku menangis sehari sebelum aku diakad nikahkan.Tragedi lagi... Sampai aku rasa aku hilang mood nak kawin. Rosak...hampa dan kecewa. Masa tu aku tak tau nak luahkan pada siapa. Aku pendamkan dari ahli keluarga. Pada Zariel aku bercerita sehingga berlinangan air mata. Dia lah tempat aku mengadu nasib. Tq abang... Coz bagi Zie semangat masa tu...You are MY WORLD (bukan Mawi World ek.Yakkkk.....hehehe).This is the sign of my love.Just For you.....














Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketabahan, kami berjaya gak disatukan. Untuk pengetahuan korang2 semua, genap 12 kali pertemuan (dari awal perkenalan) kami disatukan... dan sayang kami semakin hari semakin utuh.. Walau jauh terpisah oleh laut yang terbentang luas. Doakan bahtera kami ini akan berlayar hingga ke hujung nyawa menuju ke destinasi impian. Amin.....