17 April 2008

Hatiku Kau Lukai

Semacam je bunyinyer kan?Actually tak de sape2 pun usik dan melukai hatiku pada hari ni.Aku cuma nak bercerita tentang luka yang aku dapat.Yelah, selalunya bila sebut tentang luka, aku selalu teringat pada hati yang terluka :) Ceritanya begini....Balik dari sekolah, aku terus masuk ke dapur.Coz hajat di hati nak memasak n terus makan.Perut aku lapar sangat.Lauk pilihan hari ni adalah lauk ikan tenggiri.Aku pun sianglah ikan tu dengan penuh semangat.Dalam kepala dah terbayang-bayang keenakan ikan tu bila dah digoreng.Perghhh, tak sabar aku nak makan.....Dalam pada menyiang ikan tu tadi, tanganku tercucuk duri ikan tu.Agak dalam gak lah.Darah keluar mencurah-curah tanpa berhenti.Naik seriau gak aku....
Aku amik tisu dan tekap kat luka tu.Sementara tu,ikan tenggiri tadi tergoleklah tepi sinki.Bila darah dah stop mengalir, aku sambung balik memasak.Kalau tengok ciput je luka dia.Macam ni ha je.....

Lepas dah siap masak aku solat dan terus makan.Aku ingatkan dah OK.Sebab aku dah bubuh minyak gamat.Rupa-rupanya tidak.....Silap aku gak coz tak hati-hati.Aku lupa pasal tangan aku yang luka tadi. Masa nak baring aku tertekan tempat luka tu.Pe lagi, luka lama berdarah kembali lah.hehehe....Macam yang korang boleh tengok kat sebelah nun.Mujurlah aku tak mabuk darah.Lagipun darah tu tak lah banyak sangat.Kalau macam darah orang yang accident mungkin aku mabuk gak lah.. :) (bila aku dah post ni,aku fikir balik...apa kes aku nak cite pasal tangan yang berdarah ni.Macamlah aku leh tuntut derma ihklas korang.hehehe.......nway, aku post gak)