15 April 2008

Hujan Yang Turun....

Hari ni tak lah banyak sangat keje aku. Pagi tadi aku tak de kelas. Coz ada pengagihan duit bantuan murid kepada ibubapa/penjaga yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Setiap seorang dapat RM250.Kaya...kaya..hehehe. Aku kaya sekejap lah. Dapat pegang RM5000++ cash dalam tangan. 22 orang murid kelas aku layak dapat.Selesai pengagihan wang tersebut, aku susun lak kertas ujian untuk besok. Taraa....seperti yang korang boleh nampak tu. Minggu ni minggu ujian bulanan.So,macam biasa kena wat soalan sendiri. Susun pun susun lah sendiri-sendiri. Tanda pun sendiri-sendiri... @gatau

Balik dari sekolah tadi, aku dimaklumkan air tak de. Alamak,dah lah aku tak de takungan air kat umah..huhuhu...aku nak mandi macamana ni. Sungai dah lah jauh. Tapi,mujurlah hujan turun mencurah-curah pukul 4 petang tadi. Aku pun apa lagi, berembat turun ke bawah ambil baldi untuk takung air. Cukup lebat hujan yang turun hingga dapat memenuhi kesemua stok baldi yang aku ada. Tengok tu, sekejap je dah penuh... @sinchan Tapi memang best lah masa hujan tu turun. Aku rasa cam balik zaman kanak-kanak. Main dengan air hujan. Aku masih ingat zaman itu. Pernah mak aku rembat aku dengan rotan gara-gara bermandikan air hujan. Satu taman perumahan aku dikejar. Hebat mak aku masa tu.....hehehe. Kelakar pun ada. Hmmmm, kalau tak disebabkan ada anak murid aku kat luar tadi, mungkin aku jua dah bermandikan hujan tadi.Syokkk tu.hehehe......