18 April 2008

Hujung Minggu Datang Lagi

Kalau orang lain, hujung minggu mesti hari yang dinanti-nantikan.Tapi sebaliknya bagi aku. Aura keboringan mula aku rasai. Sementelahan, aku tinggal seorang diri. Sepertimana biasa, rakan-rakan serumah yang lain pulang ke halaman masing-masing.Kalau dulu, Ira selalu ada dengan aku bila tiap kali hujung minggu. Tapi kali ni dia kerap pulang ke Kuala Lumpur. Kalau aku punyai wang lebihan, pasti aku juga ikut jejak langkah Ira. Pulang menemui suami.

Sukar untuk kugambarkan perasaan aku bila tinggal keseorangan di sini. Pada mana yang pernah melihat keadaan di sini, mungkin mengerti perasaan yang aku alami. Kadang-kadang aku tak tahu ke mana aku nak melangkah untuk hilangkan rasa boring. Rasa macam duduk kat dunia asing pun ada.Masa mula-mula dulu, pernah gak aku menangis. Coz aku rindukan sangat keluarga aku. Teringat sangat (masa tu belum kawin lagi n Ira pun belum posting ke sini). Tapi sekarang, sejak ada Ira, sedikit keasingan yang kurasa tu terubat. Ira ni guru semenanjung juga. Asal dari Kelantan. Dia lulusan UPSI dan dipostingkan bulan 7 tahun yang lalu. Aku bersyukur kerana Allah hantar Ira sebagai teman aku. Cuma bila time dia balik KL, aku rasa sunyi sikit. Aku tak de kawan nak borak. Selalu kalau tengok tv, kami selalu komplem n then akan gelak sama-sama.

Bila tinggal sorang-sorang ni, serba serbi aku buat sorang2. Aku jadi bisu seketika. Tidak bercakap dengan sesiapa pun. Mujurlah aku ada suami. Dialah segala-galanya bagiku. Sunyi atau tak, keseorangan atau ramai, dialah penghibur dan dialah penemanku saban hari. Yang tak pernah jemu mendengar celotehku yang tak henti-henti.Thanks, abang.... :)

Hujung minggu tetap aku lalui......dan aku menanti saat untuk dipindahkan ke Semenanjung untuk sama-sama menjalani kehidupan bersama suami. Mudah-mudahan usaha murniku diperkenankanNya.Amin