12 April 2008

Jalan-Jalan

Eh, dah pagi.......Rasa macam tak nak lepaskan bantal peluk yang aku dakap semalaman.Cuaca pagi yang begitu sejuk,bagaikan merayu-rayu supaya aku kembali merebahkan diri di atas tilam 'empuk'ku.Perlahan ku rapatkan kembali mataku....Fikiran ku teringatkan seseorang dan begitu merinduinya.Apalah yang dia buat sekarang ni ye? Ingatan ku lenyap seketika.Eh,semalam janji nak keluar dengan Ira.Nak pergi fofostat buku dan beli barang-barang dapur.Aku bingkas bangun.Tidak lagi memikirkan tentang betapa enaknya seandainya aku dapat menyambung lenaku semula.....Tilam 'empuk' dikemas dan disusun rapi bersama bantal-bantal 'wangiku'.......Lepas je mandi,aku terus bersiap. Rintik-rintik hujan di luar sana membuatkan aku menggigil keluar dari bilik air. Dah siap pakai baju, aku termenung seketika melihatkan keindahan alam di luar sana.Ingin sekali aku kongsikan bersama kalian.Lihatlah panaroma yang ada di depan mata ku ini...hehehe










Aku dan Ira keluar dari rumah sekitar pukul 9 lebih. Hujan di luar sana masih renyai-renyai. Kami terpaksa membawa payung bersama..Cuaca takkala ini bagaikan tak menentu. Panas dan hujan tak mengira waktu....Yang pastinya, di Sebauh hari-hari hujan.Nasiblah tak banjir :) Nak ke Bintulu kena naik van. Macam biasa kami berasak-asak dalam tu macam sardin dalam tin.Dah lah dapat tempat duduk atas tayar lak tu.Mujurlah perjalanan nak ke bandar Bintulu cuma 50 minit.Kalau dua jam aku rasa aku boleh jadi tapai masam dalam tu. Goyang punya goyang sampai naik pening kepala kami.

Ni lah gaya kami masa duduk dalam van sewa ke Bintulu. Mana satu tangan aku korang belasah jelah teka.hehehe.....Sampai kat Pasaraya "Farley", aku dan Ira bagaikan mati kutu nak pilih barang.Kami macam tak tahu nak beli apa.Bukan tak de senarai, tapi bahan makanan yang menjadi masalah.Kami tak tahu makanan apa yang kami nak jadikan bekalan di rumah.So, kami pilih ikut sesedap rasa jelah...dan kami berjaya mengurangkan jumlah perbelanjaan kami.Tak macam dulu lagi...Perabih bagai nak rak bab2 makanan...hehehe......Sampai kat pasar basah....Kami cari lak bahan mentah untuk dimasak."Huh, ayammmm?"....Itulah nada yang kami keluarkan.Naik jemu kami makan ayam.Minggu ni kami nak makan lauk lain lak...Yesss, kami berjaya membeli sotong, udang dan ikan tenggiri (huh, macam hebat sgt je bunyinya kan..hehehe). Itu jelah cerita untuk hari ni.Sekian.