23 April 2008

Kebesaran Ilahi

Salam dan selamat malam semua...
Jumpa lagi kita ye..hehe... Ada sesuatu yang menarik yang ingin aku kongsikan bersama kawan-kawan. Sekali lagi aku search video kat YouTube dan aku terjumpa klip video ni. Cubalah hayati isinya.


video

Pernah juga aku dengar fakta bahawasanya azan ni sentiasa berkumandang di langit sana tanpa putus-putus. Bermula dari timur Indonesia dan bersambung dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain. Dari azan subuh hinggalah azan berikutnya. Begitulah yang terjadi setiap hari sehinggalah dunia ini Kiamat. Maha Suci Allah.Sungguh ajaib ciptaan Allah itu dan membuatkan kita merasakan cukup kerdil di sisiNya. Marilah kita sama-sama memelihara solat kita. Solat itu tiang agama. Tanpa agama manusia hidup terumbang ambing. Bagaikan kapal tanpa nakhoda.....