28 April 2008

Kisah Hujung Minggu









Nilah aktiviti hujung minggu aku yang lepas. Menyediakan bahan bantu mengajar (BBM). Ingat nak post hujung minggu lepas. Tapi like always. Wireless tak da signal lak. Kalau korang nak tau aku selalu surf net through wireless connection yang laptop aku dapat detect dari Pejabat Pelajaran Daerah Kecil (PPDK) yang betul2 depan rumah aku. So,every months aku tak perlu bayar untuk bil multimedia. Free of charges. hehehe..... Tapi cuma satu jelah kelemahannya. Kadang-kadang line ni tak stabil. Jap ada, jap hilang. Pastu ada balik. Then bila hujung minggu langsung tak de. Tulah pasal kalau korang tengok jarang sangat ada post aku bila hujung minggu tiba.. Line tarak kalu....keje tarak bule bikin...

Hujung minggu lepas aku tak keseorangan. Ira ada temankan aku (dia tak balik minggu lepas) and then kami gi jalan2 kat bandar Bintulu hari Sabtu tu. Cari barang makanan je. Dari stok dapur hinggalah stok peribadi. Hari Ahad tak gi mana2 pun. Stay kat umah buat keje. Keje....keje.... dan keje lagi :D

Habis kisah hujung minggu aku sambung terus aktiviti hari ni. Tak de pape yang menarik sangat nak kongsi. Pagi tu macam biasa. Masuk kelas, keluar kelas. Cuma petang tu ada perlawanan bola jaring antara rumah sukan. Aku tukang perati je. Nak jadi tukang sorak aku tak larat. Tekak dah mula nak membengkak. Cikgu2 lain yang tengok menyorak bagai nak rak. Bila gol berjaya dijaring cikgu yang terlebih melompat :D. Tapi game ni mula lewat sikit tadi coz hujan lebat. Aku ingat aku leh tengok rumah sukan aku beraksi. Tapi disebabkan dah lewat petang, terpaksa ditangguh ke esok petang....













Balik dari game ni aku nampak segaris pelangi di langit sana. Cantik tapi tak clear sangat. Tambah lagi fon aku cikai je. Pelangi memang cantik kan. Tapi secantik pelangi tu, kita hanya dapat tengok dari jauh je. Tak dapat nak sentuh kn? Bila cakap pasal pelangi teringat cite orang tua2. Banyak versi. Antara yang aku ingat, katanya ada puteri bunian yang turun dari langit untuk mandi di tasik melalui pelangi tu. wakaka... tul ke tok? Kalau dulu mungkin aku percaya. Tapi bila dah dewasa aku rasa itu sekadar cerita fantasi yang tak tahu dari mana asal usulnya. Sekadar nak buat anak cucu teruja dengan cerita sebegitu....