21 April 2008

Kosong darab dengan kosong jawapannya ialah kosong

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Ewah, macam lagak dalam kelas lak...eiiiii,tolonglah. Cukuplah pagi tadi je aku dalam kelas :) Rasa nak pecah kepala dan tekak aku. Sampai kat rumah aku nak jadi orang biasa je.

0 x 1 = 0. Ungkapan matematik ke tu?Aku rasa aku pun tak de ajar murid aku camtu.hehehe..Tapi sebenarnya itulah nombor yang aku nak gambarkan apa yang ada dalam jiwa aku. "Any numbers that multiply with zero will give the answer of zero". Akulah zero tu...Aku zero bukan zorro..huhuhu....Ntah musibah apa yang menimpa, aku rasa macam semangat aku hilang.Aku hilang semangat nak mengajar hari ni.Tapi aku paksa gak.Coz aku tak boleh lari dari masuk kelas.Nanti kelas tu boleh jadi 'zoo manusia'. Aku pun tak tau kenapa, murid-murid aku pun cam menggalakkan lagi untuk aku 'naik darah'. Wei korang-korang semua, boleh tak tolong cikgu?Tolong lah jangan bagi rotan cikgu naik atas tangan kamu semua......Habis sekolah aku rasa cam nak pengsan je.Penat dengan kerenah murid-murid yang tak memberikan kerjasama.

Mungkin banyak faktor yag buat aku jadi sebegini....Bukan mungkinlah, memang pun :) Dan aku dapat lihat, bila tiada semangat dalam diri, ia akan menjejaskan semua rutin harian. Wah, teruknya kan?Tapi itulah hakikatnya. Dia akan berjangkit dari satu kerja ke satu kerja yang lain.So, kesudahannya hari kita berakhir tanpa sebarang makna...seperti 0 x 1 = 0...Macam tu lah :)

Belum sampai hujung minggu berikutnya, aku dah dapat rasa aura sunyi yang bakal melanda. Ira maklum padaku, hujung minggu ni dia balik lagi ke KL.Manakala Mo pula ke Bintulu.Tinggal lah aku sorang2 menghabiskan hujung minggu seperti minggu2 sudah.Agaknya itulah yang perlu aku hadapi setiap minggu.Sampailah cuti sekolah nanti.Aku rasa sunyi dan kian sunyi..Aku sendiri lagi.....Inilah antara penyumbang kepada jiwaku yang kosong...

Tapi aku harap penyakit ni tak lama hinggap dalam jiwaku.Aku nak pulih...Aku nak bangun balik.....Aku nak semangat aku semula.Supaya hari2 yang aku lalui aku menjadi semakin kuat.....Aku yakin aku boleh.MALAYSIA BOLEH.SEBAUH MANGSANG.USAHA TANGGA KEJAYAAN.GENGGAM BARA API SAMPAI JADI DEBU.BAGAI MELUKUT DI TEPI GANTANG (alamak, yang ni tersesat lah kawan. tak de kaitan pun).hehehehe...ok semua.Aku nak gi cari semangat aku semula....chow chin chow.....adios