27 April 2008

Lawak Awal Pagi

Aku tak tau la korang penah dengar atau terbaca lawak-lawak kat bawah ni sebelum ni kn...kalau belum pe lagi...baca la...aku salin dari emel je...


PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemudadi hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi..
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"



SIAPA BANGANG?

Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak..."



RAHSIA MENANGKAP IKAN

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV99 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV99 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tenguk cara isteri pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV99 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu..."
CrewTV99 : "O, ye ke..."



MALUNYA

Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dia pun malu macam nak gila dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujuk dia keluar. Pakar ilmu jiwa tu pun cakap la...
"Cik... keluar lah... apa nak dimalukan... perkara biase je nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
Pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ada 1 kes lagi teruk.... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu je, wanita muda tu terus meraung bagai nak gila lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa...!!!"
Pakar ilmu jiwa itu pun dah mati akal...tak tahu nak cakap apa.

Type rest of the post here