30 April 2008

Masa Yang Berlalu Pergi

Kalau nak tau, inilah gambar aku masa umur 4 tahun. Hari Raya masa tu. Ada sik macam wajah anak solehah?hehehe.... Aku pu3 sulung dari empat adik beradik dan pu3 sulung dalam cucu2 arwah tuk dan nenek aku. Best kan zaman kanak-kanak dulu? Masa main paling best. Gasak laki perempuan. Campur semua. Apa permainan aku tak pernah join, semua aku main. Baseball, gasing, gelang getah, lontar tin, lontar selipar jepun and macam2 jenis game lagi lah. Bola sepak jelah aku tak join. Lasak-lasak aku, game tu jelah aku kurang minat nak join.... :)

Abang-abang aku dulu suka masuk hutan. Aku ni tak de kawan lain masa tu, join gaklah masuk hutan. Sampai abang2 aku marah.."Wei, tak malu ke ikut laki. Ko sorang je perempuan kat dalam ni." Aku tak peduli pe yang abang2 aku cakap. Aku ikut diaorang masuk sampai dalam hutan. Dalam berjalan-jalan tu terserempak dengan ular. Pe lagi, pakat berlari lintang pukang semua. Termasuklah aku... Hehehe. Manis tu kenangan zaman kanak2 riang.

Satu lagi hobi abang2 aku memancing. Yang ni pun aku boleh ikut diaorang gi mancing kat tepi jambatan sungai Pahang. Aku sama2 tolong cari cacing untuk buat umpan. Masa tu aku pun dah macam laki. Maklumlah, masa tu adik perempuan aku belum lahir lagi. Mana nak ada kawan. Kawan dengan abang2 lah. Tapi diaorang ni lak, tak suka bawak aku kuar sama2 coz aku dilabel sebagai kaki report. Pape hal sikit bagitau kat mak and abah. Pastu pandai lak menokok nambah cite. Bikin hati abang2 aku sakit. Abang sulung aku memang anti dengan aku. Pantang je gaduh, naik kaki tangan. Sepak, terajang, penampar semua pernah kena lah. hehehe... Dasat masa tu.

Bila tengok anak2 murid aku, aku selalu terkenang zaman sekolah aku dulu. Tapi zaman2 tu dah banyak tahun berlalu. Tapi still segar dalam ingatan. Abang sulung aku tu pun dah ada dua anak sekarang. Kenangan tetap kenangan kan. Abadi dalam hidup kita... Aku suka zaman kanak-kanak aku. Riang Ria Ribena..... :D