25 April 2008

Miscarriage













Sebelum bercerita panjang lebar, biar aku bagitau dulu sebelum ada andaian2 lain dibuat@senyum Actually, bukan aku yang alami situasi ni. Tapi kawan sekerjaku. Ni pun aku baru balik dari melawat dia di rumah setelah ditahan sehari dalam wad. Bergenang dan mengalir air matanya ketika bercerita kejadian yang berlaku. Walaupun aku tak berada dalam situasi dia, aku turut merasai kesedihannya. Setelah berbulan-bulan menantikan kehadiran cahaya mata, tiba2 musibah menimpa. Tuhan saja yang tau mcmana hati dia kala ini. Sebagai kawan aku hanya mampu memberikan suntikan semangat. Lebih mengecewakan, dia sendiri tak tau bahawa dirinya sudah berbadan dua. Hanya setelah mengalami pendarahan dan dibawa ke hospital barulah dia sedar, kandungannya sebelum ni dah berusia 8 minggu.

Tapi apa lah yang mampu dikatakan. Benih yang disemai tak dapat bertahan lama dalam rahimnya. Mujurlah dia tak kena cuci coz dia completed miscarriage. Kalau tak, tentu lagi sakit menderita. Perghh, aku tak dapat bayangkan kalau aku yang kena macam tu. Di saat suami tiada di sisi.... Sapelah yang nak kuharapkan untuk hantar aku ke hospital dan sebagainya. Macam kawan aku tadi, suami dia memang mengajar di kawasan yang sama. So, adalah orang yang boleh diharapkan.

Kawan aku ni kawin lebih kurang dengan tarikh aku kawin. Lepas 2, 3 ari je dari aku punya tarikh. Oleh kerana si suami dan isteri duduk bersama, jadi besarlah harapan pasangan ini supaya mendapat cahaya mata dalam tempoh terdekat. Mereka memang amat berharap... Kasihan juga bila kulihat wajah sepasang suami isteri ni tadi. Nampak ada keceriaan, tapi dalam hati mesti sedih. Aku hanya mampu tumpang simpati. Mungkin ada rahmat atas apa yang berlaku.... Semoga kalian berdua akan dapat cahaya mata semula. (act,bukan untuk kalian sahaja tapi untuk kami juga @sengihnampakgigi Mudah2an dimurahkan rezeki cahaya mata, insya-Allah)

p/s : rajah kat atas tu aku jumpa dalam internet. Tapi aku sendiri tak tahu cmna nak terangkan kat korang coz aku pun tak faham.. sendiri2 faham dah lah yer. hehehe.....(nak imej jelas lagi klik pada gambar tu)