14 April 2008

Penatnyerr....

Sebelum aku masuk pada isu hari ini, aku nak memperjelaskan sesuatu yang mungkin sebelum ini mengelirukan para pembaca.....Aku tengok dan aku perati. Ada sesetengah pembaca ingat blog ni aku punya sorang2 memandangkan nama aku sering terpampang pada setiap post :)

Pada mana2 kawan yang belum tau, actually blog ni perkongsian suami isteri. Aku (azziey) dan suamiku (zariel). Pada asasnya blog ni ZARIEL yang tubuhkan. Kehadiran aku cuma menambahkan sedikit 'perisa' bagi mewujudkan 'aroma' dalam blog ni.... (ye ke tu,bang?). Aku suka menulis dalam blog, manakala pengemaskinian banyak dilakukan oleh ZARIEL. Mungkin sesekali akan terpapar nama dia dalam sesetengah post kat blog ni. Bila ZARIEL ada idea, barulah dia keluarkan post dan peluang menge'post selalu diberikan pada aku yang suka menulis. hehehe.......itu jelah al-kisahnya.

OK, kita masuk topik hari ni. Macam yang aku bagitau sebelum ni. Aku kurang gemar dengan hari Isnin. Coz kelas aku sesesaknya hari ini. Aku tak sempat nak rest. Hari ni memang cukup memenatkan aku. Dah lah penat, aku masuk lak kelas aku sendiri... Tengok dah macam tongkang pecah. Aku rasa nak menjerit je. Susah payah aku hias kelas tu cantik-cantik... Habis koyak sana-sini. Tak pasal-pasal aku hukum mereka dengan harapan takkan berulang lagi perkara sebegitu.

Habis kelas sebelah pagi, aku ajak murid2 kelas aku untuk sama2 membersihkan kelas petang tadi. Tak lama..sejam je dah siap semuanya. Barulah sedap mata memandang. Aku nak ngajar sok pun barulah ada semangat. Hmmmm......... aku dah penat. Jari jemari semakin longlai.... Tiada kata mampu kuungkapkan lagi selain............zzzzzzzzzzzzz