22 April 2008

Positif vs Negatif

Assalamualaikum...
Selamat malam semua.....

Aku baru nak hantar post yang baru saat ni, untuk hari ini. Tadi aku takde idea nak tulis pape.Ni baru nak mai.....Actually aku nak respond balik pada tajuk post suamiku..hehehe (jangan marah ye abang). Rasa-rasa semua orang pernah merasai dan melalui situasi macam tu. Kita hidup dalam rangkuman pelbagai jenis manusia dan kita tak boleh nak anggap semua orang berfikiran sama macam kita.Setiap dari kita ni unik dan tersendiri dari pelbagai sudut.

"Aku suka makan tempoyak, so kau pun kenalah makan tempoyak." Apa korang rasa kalau korang jadi 'kau' tu. Tentu tensyen kan. Tambah2 lak korang tak minat tempoyak.Cium bau pun dah nak muntah. Mesti rasa nak ketuk2 je kepala 'aku' tu kan?Apa kes nak paksa-paksa orang :) Samalah macam pendapat gak. Kita ada pendapat, tapi kita tak leh paksa orang tu terima pendapat kita dan kita juga kena wat andaian ada kala pendapat kita orang tak leh terima walau kita rasa kita 120% betul.

Masing2 ada cara dalam berfikir. Tapi yang penting perlu ada tolak ansur. Kalau tak, keadaan akan jadi tegang, rapuh dan akhirnya putus. Sikap mengalah kadang-kadang perlu untuk menjamin keharmonian sesebuah hubungan. Baik dengan ibu-bapa,kawan-kawan, adik-beradik, suami-isteri and so on.Sikap mengalah tak merugikan dan juga tak menunjukkan kita lemah....

Well, aku pun pernah rasa macam tu. Tiap kali aku bagi pendapat selalu je tak kena. Tapi tu tak buat aku takut nak beri pendapat. Pada aku itu hak asasi semua manusia. Tak de siapa berhak menghalang untuk bagi pendapat. Percanggahan pendapat tu bagus coz boleh mencetuskan idea-idea baru. Tapi jangan sampai bertumbuk bergusti dah ler. Tu dah jadi negatif lak tu..hehehe......

Tu jelah luahan pendapat aku yang mungkin juga bercanggah dengan mana2 pihak. Aku bukan pakar motivasi tapi sekadar berkongsi apa yang aku rasa....chowwww.....