07 April 2008

Program Hujung Minggu










Post ni sepatutnya aku publish hari sabtu yang lepas.Tapi sekali lagi, tempat aku tak dapat signal wireless masa hujung minggu yang lalu.Hari ni baru ada n aku baru berkesempatan nak post.Gambar kat atas tu gambar aktiviti masa Kem Bestari Solat (KBS) yang dijalankan di sekolah aku. Melibatkan murid tahap 1 (tahun 1,2 dan 3). Program ni berjalan selama dua hari dari hari Jumaat minggu lepas.Objektifnya untuk memberikan latihan/pengetahuan asas dalam mendirikan solat 5 waktu.Aku menjadi fasilitator bagi murid tahun 2.

Banyak aktiviti dalam kumpulan yang dilaksanakan.Di akhir program,barulah kesemua kumpulan murid ni dihimpunkan dalam bilik agama bagi menjalani amali solat.Sebelum ni,diaorang dah diberi pendedahan tentang panduan solat dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).So,yang terakhir ni just untuk praktikal.

Aku nak tergelak gak tengok diaorang ni solat.Macam-macam gaya.Tambah masa sujud dan duduk antara dua sujud.Seksa aku tengok diaorang nak buat tu.Ada yang tertonggeng ada yang terkangkang dan sebagainya.Tapi, itulah gunanya guru-guru dan ustazah.Kami betulkan kedudukan diaorang ni.Alhamdulillah, mereka ni cepat tangkap apa yang kami ajar.Kat bawah ni sedikit sedutan dari amali solat tu.


video