23 April 2008

Kerja..Kerja..Kerja

Assalamualaikum.....
Aku menulis lagi hari ini. Well aku rasa aku sangat happy hari ni.Kenapa?Sebab aku dah jumpa semula semangat aku dan lagu yang berkumandang sekarang 'HOME - Michael Buble' (Abang, Zie suka sangat lagu tu.Tengkiu tau) menyemarakkan lagi semangat aku untuk terus hidup.Aku rasa aku kembali menjadi manusia normal. Bukan lagi paranormal.Huhuhu....

Kelas aku tak banyak hari ni. 2 kelas je.Satu masa Pendidikan Moral dan 2 masa untuk Matematik. Lepas rehat aku lepak-lepak kat dalam bilik guru sambil2 menanda buku yang menggunung. Pen-pen merah aku hampir kehausan mencoret simbol2 'telinga besar' dan simbol 'multiply' dalam buku-buku latihan mereka ini (kalau tak tau maksud 'telinga besar' dan 'multiply' rujuk kat bawah nanti ye.Dalam column ISTILAH).

Inilah gambaran sebenar buku-buku yang perlu aku semak.Hampir 3/4 dah siap.Ada 1/4 je lagi.













Bila aku peratikan, bukan aku sorang je yang menongkat kepala yang bagaikan nak tercabut
dari badan sambil menanda buku, cikgu2 yang lain turut memberikan posing yg sama.Kalau aku dapat snap tadi nak gak aku tunjuk kat korang.Tapi tak leh lah.Nanti aku dikatakan amik gambar curi untuk super impose lak..wakakaka...Lajak sungguh kata2 itu....Posingnyer lebih kurang macam that girl on the top.Tapi tak lah seseksi itu.hehehe...Aje keje gile kome gi sekolah camtu....


Gambar yang di atas ni lak buku murid2 aku.Kesian...dah jadi macam ikan kering lak.Mesti korang tertanya-tanya apahal lah cikgu ni campak buku tu cam sampah je kan.Kejamnyer....hehehe.

Sebenarnya kan, buku tu basah.Tak sengaja terkena air dari peti ais. Plan nak bawak gi sekolah pagi tadi tak jadi.Aku terpaksa salai dulu buku tu supaya dia kering semula...Pasni mesti aku kena 'soal siasat' dengan anak murid aku..Pasal buku2 diaorang ni berbau ikan...Cikgu tak bersalah, murid-murid.Ikan-ikan itu yang bersalah..wuhuhu......Esok aku pulangkan buku-buku tu.Tunggujelah reaksi mereka-mereka itu.Itupu kalau mereka perasaan.Kalau tak aku buat-buat tak tahu je... :)

PANDUAN ISTILAH
1) Telinga Besar : Tanda soal pada setiap jawapan yang kosong atau tidak dijawab.
2)'Multiply' : Tanda pangkah pada setiap jawapan yang salah