04 April 2008

Tenang

Ahhh......datang lagi perkara yang mengusutkan jiwa dan ragaku.Aku termenung memikirkan.Sesekali aku rasa macam nak menjerit sekuat hati agar terlepas yang terbuku di hati.Tapi,suaraku bagaikan tersekat dikerongkong.Lamunanku terhenti seketika bila Ira menghampiri aku...."Kak, x nak balik lagi ke?" Aku hanya tersenyum seraya berkata, "tak pelah,Ira.Ira balik lah dulu.Akak ada keje sikit nak siapkan." Ira mengangguk.Terpancar riak senyum di wajahnya.Wajah riang yang bakal bertemu dengan suami kesayangannya.

Untung Ira.Selalu berpeluang bertemu dengan suaminya...Hatinya pasti berbunga riang.Hari ini dia akan pulang ke Kuala Lumpur dan aku......?? Aku tertinggal keseorangan di sini.Aku makin membiasakan keadaan sebegitu.Teman serumahku yang lain telah menuju destinasi impian hati, pulang ke kampung halaman masing-masing.Hariku kian sepi...Sesepi jiwaku kala ini.

Mujurlah aku terlibat dengan program Kem Bestari Solat yang dijalankan di sekolah.Program ini berjalan selama 2 hari.Jumaat dan Sabtu.Aku pula dilantik sebagai fasilitator.Sedikit sebanyak membuatkan masa aku terisi.Ketenangan jiwa kuperolehi takkala menatap wajah2 comel yang baru hendak mendalami asas fardhu ain.Sungguh aku rindu untuk mendengar ucapan "assalamualaikum...cikgu".Sejuk hatiku takkala mendengar salam ini dari anak muridku yang bijak bistari.Aku terharu mendengar doa penerang hati yang dibaca.Begitu lancar di mulut mereka.Sebagai pengetahun semua, murid-murid ini masih di tahun 2.

Hari ini aku aku mengajar tentang air-air untuk berwudhu' dan cara berwudhu'....Mereka sedaya upaya untuk mencuba dan aku pula tidak merasa jemu untuk mengulang berkali-kali.Aku rasa seronok sangat dan aku ihklas untuk melihat mereka berjaya memahami apa yang aku ajari.....Mudah-mudahan kalian adalah antara penyambung generasi umat nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa memelihara solat..Insyallah