05 May 2008

Alahai Murid....

Cite panas tak de hari ni. Cite suam-suam jelah kalau korang nak. ok? kalau ok aku nak jual ni.hehehe.....Hari Isnin hari paling aku tak suka (alahai..berapa kali aku naktulis ayat camni ek. dalam post2 yang lepas pun aku ada tulis gak). Tolonglah kasihani diriku yang kecik molek ini..huhuhu. Penuh tul kelas aku hari ni. Sampai nak fikir masa depan pun tak sempat. Adushh..penat seh...Nyawa2 ikan aku dibuatnya. Dari 7.50 - 12.40 aku masuk kelas tahun 2. Seme kelas tahun dua. Naik serak suara aku hari ni. Kelas yang akhir aku dah habis tenaga. Mata pun cam dah layu je. Nak tengok ni tak? Tengoklah. Tengoklah ye...hehehe

Ni gambar anak murid aku. tengah wat keje masa kelas Pendidikan Moral. Macam2 gaya ada. Menirap, atas kusi dan bagai2 lah. Aku tak larang pun camna diaorang nak posing pun. Janji keje buat dan tak bising. Masa ni aku ngajar sejam sebelum balik. Ada seorang lah dalam kelas ni yang buat keje cepat. Kul 12.00 aku bagi latihan, 12.20 dia dah siap semua. Bijak gak dia ni tapi nakal ya rabbi. Badan debab2. Nama Rogers. Tahun lepas punyalah nakal, sampai patah2 tangan. Tapi bagusnya dia ni, mai gak sekolah dalam tangan patah2 tu. Kata mak dia, dia yang nak datang. Tak best kalau tak gi sekolah kata Rogers. Padahal masa tu dah betul2 hujung tahun.Exam dah habis, belajar pun dah habis. Aku puji semangat dak Rogers ni. Baguih na...Petang tadi lak ada meeting staff yang kedua. Bincang pasal sambutan Hari Guru dan Ujian Pertengahan Tahun. Start pukul 2.30 habis pukul 5.00. Sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan pada 16 Mei, manakala Ujian berlangsung pada 12- 14 Mei. Maknanya minggu depan lah tu. Isnin sampai Rabu. Yesss....tak perlu wat rancangan ngajar (RPH) untuk 3 hari..wuhuhuuuuu......Aku leh guna masa yang ada untuk tanda paper. Itu antara agenda utama. Ada gak yang sampingannya2. Bla...bla..bla...bla....Mak eh,meeting ni lama bebeno. Idak ler teman kesior duduk lama2 ghupa itu. Sambil2 tu aku sempat snappppp dan layanzzzzz...........










Nama aku glamer lak dalam meeting hari ni. 3 kali GB sebut. Bukan aku je pasan, cikgu2 lain pun sama. Kata Cikgu Sim, nama aku ada ong hari ni. Ya ka?hehehe....Harap2 nama aku pun ada ong untuk tukar bulan 6 ni...wuhuuuuu....