14 May 2008

Analisis

Times to work. Hari ni dah habis minggu exam. Cikgu-cikgi sedang sibuk2 menanda paper. Pergilah mana-mana meja, semuanya menggunung dengan paper yang perlu disemak. Termasuklah meja aku sama.hehe.....Seperti biasa berbatang-batang pen merah terkorban kali ini..huhuhu. Dah habis tanda paper, guru-guru kelas kena wat analisis bagi setiap matapelajaran. Selaku guru kelas, aku pun tak dapat lari dari tugas ni. Tapi sekarang kerja cikgu dah banyak dipermudahkan. Key-in je data, zrapppppp....kuar seme yang kita nak kat skrin komputer. Maklumat di hujung jari. Senang kan bila ada teknologi ni. Anyway, sorrylah girls and guys..... Aku senyap seketika untuk beberapa hari yang lepas. Tak de citer tu dah satu hal. Then wireless connection pun tak de. Bila dah ada connection ni, aku plak macam blur nak cite pasal pe.

Oh, ye!Baru teringat. Hari Jumaat ni ada sambutan Hari Guru kat sekolah. Kalau tengok dr segi persiapan awal, macam tak happening sangat. Tak taulah kalau aku je yg rasa camtu. Anyway, aku akan bagi reportnya kemudian. Untuk perkongsian bersama... :) Tahun lepas aku berpeluang gak menyambut hari yang istimewa untuk golongan pendidik ni. Dapat gak lah hadiah2 misteri dr adik murid aku. Yang bagi pen, pensil, lukisan dan tak kurang gak jajan (makanan ringan). Walau tak seberapa, terharu gak lah. Ingat gak diaorang nak bagi meskipun aku bukan guru yang glamer kat sekolah tu...hehehe...Tahun ni tak taulah cmna lak. Tunggu dan lihat je lah nanti ye...