07 May 2008

Bijak dan Lucu

Dalam sehari dua ni aku macam hilang mood untuk menulis. Bila buka blog je, aku tak tahu nak tulis apa. Lama termenung kat skrin. Kes apa pun tak tahu lah.Oleh kerana nak juga ada pengisian dalam blog ni aku pun mengigihkan diri mencari sumber inspirasi. Aku search video kat youtube dan aku jumpa satu sedutan yang agak menarik untuk dikongsi. Boleh lah wat korang hilang tension seketika kot dengan gelak ketawa. Jom kita layan


video
Kelakar jugak kan. Aku pun gelak sorang-sorang masa tengok tu. Orang utan tu macam nak marah je kat trainer tu. Marah-marah dia pun wat gak ikut arahan. Tapi yang last tu, cam nak pekena balik trainer tu. Sorok buah lemon kat tempat lain.

Bila dilhat balik, haiwan pun ada perasaan. Mungkin tindakan tu dibuat atas dasar paksaan. So orang utan tu memberontak dengan cara sedemikian. Tapi, dunia hari ni banyak berubah. Manusianya banyak berubah. Perasaan kasih sayang dah hilang. Kisah bunuh-membunuh, pembuangan bayi hampir setiap hari kita dengar dan lihat dalam berita. Itu kisah2 yang berjaya ditemui dan dikupas.Yang lain2 kita tak tahu...Mungkin ketika ini pun sedang berlaku kejadian2 sebegini....Na'uzubilah.Manusia dah tak de perasaan lagi.Apa dah nak jadi dengan dunia hari ini? Sudahkah hampir pada penghujung zaman??