08 May 2008

Cinta Sejati

Salam semua. Harap2 sihat semuanya ye. Hari ni aku nak mengungkap tentang cinta sejati. Apa takrifan bagi cinta sejati? Aku pun tak tahu sebenarnya. Nak belek kamus dewan, tak de lak dalam simpanan aku....Jadi, boleh tak kalau aku takrifkan mengikut pandangan aku sendiri? Cinta = satu perasaan yang dikurniakan dari yang Maha Esa pada setiap manusia tanpa mengira kaum dan agamanya. Perasaan ini cukup halus untuk difahami. Tapi sekali merasainya kita akan selalu mengingatinya. Sejati = Akrab dan sangat rapat. Suci dan tulus. Maka apakah ayat yang sesuai untuk kita menggambarkan CINTA SEJATI itu? Any ideas my friends? :)


Sepanjang perjalanan hidup menuju kedewasaan, aku sentiasa mencari cinta ini. Aku terlalu mengharap untuk mendapatkan cinta ini. Dalam pencarian, pelbagai jenis cinta yang kutemui. Ada yang buat aku tersenyum bahagia dan tak kurang juga membuat aku menangis berduka. Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah yang kulalui. Berkali jatuh dan berkali jua aku bangun semula. Hingga akhirnya hatiku ini serasa seakan lemah untuk menerima cinta lagi. Tidak yakin lagi bahawa aku akan menemui cinta sejati itu. Cinta sejatiku telah mati. Hilang buat selamanya......


Tapi siapalah kita untuk menyangkal takdir yang telah ditetapkan.Cinta itu hadir sekali lagi dalam hidupku dalam cara yang berlainan. Pada mulanya, agak sukar untuk kuterima cinta ini. Bimbang jika cinta ini sama seperti sebelumnya. Tapi, sekali lagi, takdir menetapkan aku jatuh dalam cinta ini. Perlahan-lahan hatiku menerima sinarnya. Hari berganti hari dan aku mula dibuai dengan cinta ini. Hati mulai berdetik, ini lah CINTA SEJATIKU. Cinta yang kukejar selama bertahun-tahun lamanya. Hadirnya tanpa kusedari. Munculnya dalam diam-diam. Cinta ini berbeza dengan cinta sebelumnya. Cinta ini terlalu istimewa buatku. Cinta ini yang akan kubawa hingga nafasku yang terakhir. Cinta ini kenangan yang terindah buatku dan dirinya........