27 May 2008

Cuti

Assalamualaikum semua.....Lama mencari kami? Lama juga kami tak memberikan apa2 berita sejak dari hari tu. Almaklumlah, cuti sekolah. So, aku pun bz menjadi surirumah sepenuh masa. Jarang sangat aku ngadap depan laptop kesayanganku.hehe...Hari nilah baru berpeluang untuk memberikan 'sentuhan kecundang' dalam post kali ni..huhuhu...5 hari sepi dan 5 hari jugak terkumpul macam2 cerita. Macam2 yang jadi. Yang happy, yang sadis, yang lucu dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya. Hari ni aku nak kongsi semuanya dengan rakan2 yg ada di sini. Ikutilah kisah berikutnya.


  1. Perkara-perkara yang menggembirakan.
  • Zariel jemput aku dekat airpot pada 23hb Mei. Aku tercari-cari kelibat dia tapi tak jumpa coz dia bawak kereta kesayangan kami (ingatkan hari Sabtu baru dapat ambil. Rupa2nya Zariel dah amik dulu n tak bagitau aku. Supriseee.......katanya) Mana2....?Korang nak tengok ke?Nanti kami kongsikan. Kami tak sempat nak snap and possing dengan kete tu. Plan nak bagi nama, tapi belum jumpa nama yang sesuwei lagi..hehehe..
  • Pergi tengok wayang kat IOI Mall, Puchong pada 24 hb Mei. Nengok cite yang cikgu Wiween nengok hari tu. Indiana Jones. Best gak cite dia. Kelakar, tapi cuma keadaan dalam panggung tu kurang selesa kalau nak banding dengan panggung kat One Utama (port biasa kami). Seat keras n nampak kepala orang (yang ni tak tahu lah kan. Kot2 aku je rasa gitu. Maklum jelah, aku ni renek je.hehehe). Habis je cite, rasa lenguh2 buntut n pinggang kami. Adeh..adeh....
  • Shopping kat Tesco n Jaya Jusco pada 24hb Mei. Wowww....aku suka sangat dengan aktiviti ni. Tambah lak kalau ada org sponsor, meloncat2 rasa hati.hehehe....Banyak gak barang yang aku dapat. Sales, beb. Kalau tak sebab Zariel tahan, mau aku borong seme barang. Sampai Zariel pun dah tak larat nak jalan. Satu Tesco tu aku round. Dari pangkal hingga hujung sudut.
  • Shopping kat Nilai 3 lak. Zariel dah start nak geleng kepala.hehehe...Tapi kat sini aku tak lama sangat. Dapat pe yang aku nak, aku terus chow. Aku just cari kain langsir dan baju2 untuk hari raya. Beli awl coz nak tempah jahit dengan mak aku. Tema baju untuk keluarga kami tahun ini adalah biru tua....
Yang ni kalau boleh aku tak mau fikir2 sangat. Tapi sebab dah nak share dengan korang seme,
aku cite gaklah.

2. Perkara yang mendukacitakan
  • Masih ingat dengan pertukaran aku yg selalu aku sebut dulu?Hah, ingatkan. So, korang dah tau pe 'result'nya kan. Aku sedih tapi aku tak mau perasaan ni ganggu aku nak happy dengan Zariel sepanjang cuti 2 minggu ni.
  • Aku nak buat rayuan, tapi aku tak de kenalan dengan 'dalaman' punya orang. Aku apply secara online je. Tu je yang mampu.
  • Aku check tiket untuk 6 bulan berikutnya. Cuti sekolah bulan 8, cuti merdeka, cuti raya dan cuti sekolah bulan 11. Korang tau brape budgetnya? Lebih kurang RM2000++. Aku garuk kepala yang tak gatai. Mana nak cekau duit banyak tu.Tak booking awal2 nanti tiket lagi mahal. Waaaa... Ah Long ar....Boleh kasi tolong ka?huhuhu
Itu jelah kisah terkumpul. Sorry lah ek. Pic2 aku tak letak dalam post kali ni. Coz aku punya kabel tertinggal kat Sarawak. So, harap korang semua puas hati dengan entry kali ni. Lain kali aku kasi taruk gmbr. Pinjam Zariel nyer hp yang canggih manggih tu..hehehe