12 May 2008

Happiest Weekend That I Ever Had

Salam Ceria, semua. Maaflah ye coz dah beberapa hari tidak meng'update'kan post di blog. Bukan kerana kehilangan idea atau kemalasan melanda tapi disebabkan hujung minggu lepas aku mem'bz'kan diri. Masih ingat tentang post yang lalu? Di bawah tajuk BESTNYER...Act, hujung minggu yang lepas aku pulang ke Kelana Jaya. Pasal tu lah aku gosok baju lebih pada minggu lepas. Supaya bila aku pulang ke Sarawak pada hari Ahad tu, aku tak perlu tergesa-gesa nak gosok baju untuk aku pakai pada hari Isnin. Sampai je rumah aku leh rest je. Tak yah fikir nak wat keje lagi. Itulah dia sebenarnya. Cerita kali ni cerita apa ye? Ada permintaan dari rakan blogger untuk memuatkan aktiviti hujung minggu kami pada kali ini. Special sikit minggu ni. Ada banyak aktiviti menarik yang nak dikongsikan bersama. Jommm...........


Jumaat (9/5)Jumaat

Fly ke Kuala Lumpur jam 4 petang. Sampai di tanah semenanjung pukul 6 petang. Husband jemput kat LCCT. First dapat tengok muka dia, rasa happy sangat. Senyuman dia tu yang mahal. Tak de jual kat pasar malam. Even dekat Giant dengan less 70% pun jangan haraplah nak jumpa. Tapi aku lah yang paling untung. Coz tiap senyuman dia tu aku yang empunya....hauhauhau. Malam tu tak de aktiviti pape sangat.Kami just lepak2 kat umah. Lagipun masih penat nak g jalan mana2.

Sabtu(10/5)

Kami keluar umah kul 12 tengahari. Gi Giant cari kad untuk besday mak. 13 Mei ni. Puas gak lah membelek2 yang mana berkenan di hati. At last jumpa gak. Nak share dekat sini, tapi gmbr kad tu ada dalam fon husband aku lak. Lupa nak transfer. Kalau sempat nanti aku suh dia masukkan kat sini. Aku dah tulis dan mintak tolong abang poskan ASAP. Habis shopping kat Giant, kami gi kat tempat ni. Aku rasa tak yah tulis pun korang dapat agak pe hajat kami kan.. hauhauhau... Jom layanzzzzz......



Agak2 kami beli tak 'barang' kat situ ek? Mula2 kami usha je dulu. Belek sana, belek sini. Check sana, check sini. Then diskus dengan salesman tu. Ada 'barang' bagus ke Mr A? Cerita sikit sama kami....Aku nak gelak kalau ingat kat Mr. A ni. Dia suka guna ayat "ngam". Sikit2 tanya jawapan dia mesti "ngam". Tang mana ngam pun aku tak tau lah.hehehe....At the end, kami dapat gak 'barang' yang kami aim dah lama. Sunguh puas hati.Dalam kepala dah melayang2 dah. Fikir macam2. Ada pape soalan nak tanya sebelum aku pegi tajuk lain? hauhauhau....... Habis urusan dekat sini, kami pergi beli tiket wayang. Apa show nak tengok ni abang? Queue up kat One Utama, kami beli tiket IRONMAN, pukul 9 malam. Masa beli tu, terlintas sat nama topo dalam kepala. Pasal aku ada tengok gambo topo dengan hero ni kat blog dia.hauhauhau....Pas beli tiket, g makan pizza kat Giant. Apsal ek, aku cam tak larat nak makan je. Kalau kat Sarawak aku rasa cam nak makan serba serbi.Order serba mak nenek. Alih2 abang gak yang kena habiskan. Cayalah bro, good job on that...hauhauhau...Pas dah kenyang, balik rumah lah. rehat2 dulu. Malam tu kuar kul 8. Sampai kat One Utama ngam2 (Mr. A punya ayat aku pinjam. hehehe)Cite dia memang best arr..Aku bagi 4 bintang coz leh wat husband aku 'happy' giler dalam panggung malam tu.hehehe....


Ahad (11/5)

Ting tong. Dah masa untuk pulang. Jap je. 2 hari mcm 2 minit je. Tak dan panas tempat duduk dah kena balik. Tak pelah, lagi 2 minggu jumpa semula kan, abang. Hajat pun banyak tercapai masa 2 hari tu. So tak ralat lah. Semua puas hati. Tak de yang slack. Kalau ada yang negatif pun husband aku dah tukar jadi cas positif.....hauhauhau. Kami kuar awal sikit hari ni coz nak servis kete dulu. Maklumlah kete pinjam, kena jaga sebaik mungkin. Sambil2 tggu depa ni servis sempat gak aku tinjau keadaan sekeliling. Wowwwww..... cuba korang tengok rumah ni.


Besar giler rumah ni. Husband aku cakap umah ni pernah guna untuk drama bersiri Samarinda. Memang cantik surrounding dia. Tapi kalau aku, aku just suka tengok rumah camtu. Tapi tak mau duduk dalam rumah sebeso tu. Seriau aku. Nanti aku kongsi dengan mahkluk lain lak dalam rumah tu. Dah banyak sangat bilik yang tak berisi, mesti 'ramai' yang nak tumpang dok sekali. Tidak lah aku sanggup.. hauhauhau. Pas habis service kete kami g sarapan then direct trus ke LCCT. Sampai awl gak kat airpot. So lepak2 dulu sambil menikmati hidangan MacD. Kul 1.15 aku masuk boarding. Berat nak lepas, tapi terpaksa gaklah. Bye abang. Jumpa lagi nanti....