04 May 2008

Bestnyer...

Hari ini dan semalam dan kelmarin..Dah 3 hari aku tak memberikan post kat blog ni. Aku rasa dunia aku kekurangan sesuatu dalam 3 hari kebelakangan ini. Coz cite aku kat post kena hold dulu. Pasal pe??

Macam yang aku bagitau dalam post tempohari.Line tarak kalu, itu keje tarak boleh bikin. Selama 3 hari laptop aku tak dapat detect signal wireless dari PPDK...wuhuhu...

Aku tak kira. Dalam post kali ni aku nak muatkan cerita 3 hari lepas. Dah basi pun basilah. Janji aku puas hati. Bermula dengan hari Jumaat.

Jumaat (2 Mei 2008)
Episod 1.
Hari ni macam biasa je. Aku gi sekolah dan wat keje-keje ngajar macam biasa. Ada boring sikitlah coz hari sebelumnya kan cuti Hari Pekerja. So hari ni ada liat sikit lah keje2 yang dibuat. Macam lepat liat mak cik Leha tu.hehehe..Kelas habis pukul 11.40. Dalam pukul 12.10 aku temankan Ira buat medical check-up dan akuan sumpah untuk proses pengesahan dalam jawatan kat Bintulu.Bintulu..Here I come.....Cuaca terik gak lah hari tu. Tambah lak kena berasak-asak dalam van sewa tu.

Seriau gak lah masa lalu kat satu jalan ni. Hari tu jalan ni terbelah dua n runtuh. Tapi dah dibaiki sikit2. Tapi sekarang masih lagi dalam kerja-kerja pembinaan. Aku tak dapat nak snap keadaan sebenar jalan tu. Ruang sempitlah. Aku tak leh bergerak bebas dalam van tu.Hisshhhh....rimas tau...Nilah sedikit sedutan yang berjaya aku rakamkan.Jangan banyak tanya...layanzzzzzzz........

Lama gaklah nak men'settle'kan tugasan hari ni. Kira2 kami kuar Bintulu hari ni just settlekan urusan rasmi je. Mula2 g Wisma Residen untuk akuan sumpah then ke Klinik Masniah untuk medical check-up. Sementara tunggu Ira wat x-ray, sempat gak aku timbang berat badan aku kat klinik tu. Adushhh, aku cam tak caye lak tengok nombor yang tertera kat alat penimbang tu. Aku rasa penimbang tu rosak lah. Bukan sebab badan aku dah naik..huhuhu...Settle je kami terus balik. Sampai rumah dalam pukul 5.30 petang. Lepas mandi dan makan, aku lepak depan tv ngan Ira sambil kira keluar masuk duit untuk hari ni...Kling..kling...melayang lagi duit...


Sabtu (3 mei)

Episod 2
Keluar lagi hari ni. Dengan sape? Ahakss....Ira lah, my besh fren forever. Hari ni kena kuar lagi coz semalam tak sempat nak g fotostat buku n membeli keperluan2 lain. Keluar lewat sikit hari ni. Dalam kul 10 pagi. Urusan tak banyak sangatlah. Fotostat tu jelah yang pentingnya. Coz nak buat soalan mid-term untuk minggu hadapan.

Dah habis fotostat, aku sempat g shopping dulu. Cari hadiah untuk baby Hakim, our best fren kat Kelana Jaya, merangkap rakan sebumbung.hehehe....Dia dapat baby masa bulan 3 hari tu kalau
tak silap. Baby boy kan, abang? ;) Dah dapat present utk baby, gi shopping beli baju utk my beloving hubby. Col dulu sebelum tu, tanya suka warna pe. Takut nanti tak berkenan. Bila MMS gambar baju, hubby kata OK and dia suka..Kira oraitlah tu kan.....Nilah dia present utk Hakim Junior and Mr Zariel yang sempat aku pilihkan..












Habis beli barang-barang, aku gi makan kat KFC. Muak gak dah makan KFC ni. Tapi dah tak de menu lain, taram je lah. Janji kenyang.hehehe. Balik naik van sewa gak. Nak tunggu van tu bergerak, kena tunggu isinya penuh macam sardin dalam tin. Aku boringggg.....Jadi nilah keje aku dalam van. Snappppp











Hari ni aku sampai rumah pukul 2 petang. Malam tu aku pulun wat kertas soalan sambil tengok AF6. Wei...hampeh lah korang. Sia2 je wat dekat Istana Budaya. Bikin spoil aku punya spirit nak tengok. wuhuhuhu.......

Ahad (4 Mei)
Episod 3
Hari ni tak banyak sangat keje. Siapkan BBM untuk hari Isnin dan melihat apa yang nak diajar untuk esok. Siap seme tu, aku gi gosok baju. Aku gosok 6 helai sekaligus. Eh, apsal 6? Tak 5? Kan ada 5 hari je. Pasal pe?? Kalau nak tau, tunggu sambungannya pada hari Jumaat ini.......zasssssssss (itupun kalau nak tau lah. Kalau tak nak pun, layan jak..hehehe)