04 May 2008

Mentari Muncul Lagi

Wahhhhhh..........cantiknyer kan. Lihat mentari yang muncul di sebalik dedaun tu. Inilah yang dikatakan keindahan hidup. Semua orang impikan kehidupan yang indah. Tak sesiapa pun mengharap kedukaan menimpa dalam hidup. Kerana kedukaan menagihkan air mata dan seribu ketabahan. Pada yang tabah, hidup dapat diteruskan. Kaki tetap melangkah dengan gagahnya walau seribu dugaan yang mendatang. Hatinya cukup kental. Malah tidak gentar menghadapinya......Tapi bagaimana dengan jiwa yang lemah?? Kaki tetap melangkah, tapi bagai hilang rentak tari. Hidup masih diteruskan, tapi tidak pasti atas tujuan apa. Kasihannya pada hamba Allah ini.Ke manakah kakinya akan melangkah?

Wahai manusia, ingatlah bahawasanya Allah itu penyayang. Tidak akan diturunkan dugaan dan ujian pada hambaNya yang tidak mampu. Ujian tanda Sayang. Dugaan tanda Kasih. Kasih dan Sayang Allah. Yakinlah, setiap dari kita tabah untuk melalui itu semua. Jangan patah semangat bila diuji ye...Dari setiap kedukaan yang diberikan pasti ada kegembiraan yang akan menjelma di kemudian harinya.Harap2 aku pun macam tu. Tabah selalu and happy sokmo.Walau seribu dugaan yang mendatang.