16 May 2008

Terima Kasih, Cikgu

Pepagi buta bekalan letrik dah terputus. Bangun pagi, meraba dalam gelap. Haiya.....Inilah hadiah pertama yang aku dapat sempena Hari Guru. Hehehe....Mujurlah baju aku dah iron malam semalam. Program start lambat skt. Sekitar pukul 8 pagi disebabkan letrik yang belum mengalirkan powernya. Sebelum perhimpunan bermula, budak2 dah sibuk2 serbu bilik guru nak bagi hadiah. Aku pun ada dapat gak. Tapi taklah banyak mana pun.



Macam yang korang boleh tengok dalam gambar. Banyak tu jelah yang aku dapat. Then ada satu yang mencuit hati aku. Sorang budak ni lah. Darjah 2. Bagi kad kat aku dengan nama Angelina Joli (klik kat gambar kad ucapan tu) . Huhuhu... Aku amat terharu. Bila masa pulak Angelina Joli ni berguru dengan aku hah? Hehehe..Act, nama budak ni Angelina David. Just nak terasa glamer kot. Pinjam jap nama Angelina Joli. But nice.. Tq Angelina Joli. ;)

Tak banyak sangat aktiviti hari ni. Bermula dengan perhimpunan dengan segala macam perutusan dan ucapan, nyanyian kior dan persembahan murid. Aktiviti perasmian dimulakan dengan upacara memotong kek. Keknya cantik bangat. Rasa sayang nak makan. Tapi sebab perut dah kriuk..kriuk...balun gak lah. Tang makan memang aku suka. Sebab boleh bagi perut aku kenyang. Hehehe...Lepas makan, times to bakar all the lemak in our body.wahaha.. Rojak bahasa aku kan....Inilah saat untuk bermain valley ball. Lawan antara rumah sukan. Aku tak pasti rumah mana yang menang coz aku cabut awal sikit kerana ada urusan dengan pihak bank di Bintulu. So, as usual, korang layanlah gambar ni ye....zasssss