11 June 2008

Kawan Lama

Hari ni tadi aku buka aku punya friendster seperti hari2 biasa. Tapi yang lainnya, aku jumpa best fren lama aku masa sekolah rendah dulu. Masa sek dulu aku memang rapat gak lah dengan dia ni. Aku kenal family dia n vice versa. Pernah lepak2 kat umah sambil bc magazine 'Alam Perwira'. Dia paling minat dengan watak 'Ji Fat'. Ada je keluaran terbaru, dia mesti g kat umah aku. Pas tingkatan 3, kami terpisah membawa haluan masing2. Dia masuk sekolah vokas dan aku still di sekolah lama (SMKT, Temerloh).Memang besh bila dpt contact dia semula. Yang mana satu best fren aku? Yang pakai baju warna hitam n tudung kelabu tulah. Aku panggil dia CT. Ada gak yang panggil kak Iti..hehe

Aku mula terkenang kembali zaman kanak2 kami dulu. Tambah2 time sekolah dulu. Aku budak paling nakal dalam kelas. Selalu wat hal. Nama aku pun mgkin glamer di kalangan guru2. Sekarang guru2 aku mgkin ramai dh pencen dan aku pulak yang ambil alih tugas mereka.hehehe....Cam x sangka lak aku dah jadi CIKGU sekarang. Believe it or not, inilah aku. CIKGU NORA.