13 June 2008

Keluarga Baru

Entry kali ni sebenarnya kisah masa cuti tempohari. Coz tak sempat, hari ni baru aku buka semula. Mcm yg pernh Zariel bgtau dlm entry yg lepas, bnyk perkara yang berlaku semasa cuti sekolah yg lalu. Yg sedih, yg gembira, yg lucu...semuanya ada. Antaranya, kami dpt ahli baru dlm keluarga. Welcome to the board. Harap2 antara kita ada persefahaman dalam membina rantaian keluarga bahagia......Sape ek? Agak2 sape yang dapat baby @ sape yang kawin? Zariel??



Huhhh..klau Zariel yg kawin lagi jawabnya huru-hara lah blog ni diamuk aku. Jadi padang jarak padang terkukur.wuhuhuhu...Ganas gak cikgu ni ek. Tak padan dengan saiz.hehehe...Act, kami menerima ibu baru. Abah kami nikah buat kali kedua selepas kematian arwah mak. Majlis berlangsung dengan sederhana pada 2hb Jun 2008. Tarikhnya pun sama dengan tarikh kenduri kawin kami dulu.Cuma bulan je berbeza. Pandai abah pilih tarikh.hehehe...Kami memahami kehendak abah apabila menyuarakan hasrat utk mencari pasangan baru. Mungkin hidup terasa kosong tanpa kehadiran insan bernama ISTERI. Klau dulu, makan minum pakai ada yg jaga. Bila hilang, sendiri kena buat. Klau dulu, ada teman berkongsi luahan hati dan bersenda gurau. Bila hilang, semenya pendam sorg2.

Aku akui lelaki agak sukar untuk teruskan hidup tanpa ISTERI di sisi. Mungkin hanya segelintir saja yang hatinya cukup kuat untuk terus menyendiri hingga ke akhir hayat. Tapi bg isteri pula, jarang2 aku dengar yang mencari pengganti setelah kematian suami. Mungkin ada, tp hanya segelintir. Kebanyakkannya akan meneruskan hidup membesarkan anak2 wlu tanpa suami di sisi.

Apa yg lebih penting, aku doakan kebahagiaan abah dan isterinya. Mudah2an kehadiran orang baru dapat memberi sinar baru untuk kami sekeluarga. TAHNIAH ABAH. SELAMAT PENGANTIN BARU. Moga bahagia kekal ke akhir hayat. Bahagiamu bahagia kami jua.....