12 June 2008

Pasangan Jarak Jauh

Salam semua. Hari ni sekali lagi aku wat 2 entry. Full of idea lak 2, 3 hari ni kan?hehe...Kebetulan pukul 1 tadi aku tengok rancangan 'Keluarga di 9' dgn tajuk perbincangan Percintaan Jarak Jauh yang dihoskan oleh Nora si penyanyi tu. Intro dia dok nyanyi lagu "Kau Tak Pernah Jauh". Macam besh lak lagu 2.Dia punya tetamu jemputan aku tak berapa hingat pe nama dia. Yang aku tau sorang tu keje doktor n sorg lagi tu pensyarah (kalau tak salah).Aku bagilah nama si doktor ni sebgi Rina (bukn nama betul dia).Agak menarik topik ni coz aku one of them.hehehe.....Rina ni lah yg dok bagi pendapat dia pasal bercinta jarak jauh. Pasangan dia ada kat over sea nun. Aku pun tak hingat negara mana. Kira2 diaorang ni cm cinta antara benualah.huhuhu...Yang pensyarah ni tadi sebagai pakar rujuk lebih kurang lah. Berdasarkan perbincgan diaorg ni, aku bagi isi2 penting je ye? Pensyarah tu tekankan bila hadapi situasi ni ada 5T yang kita kena buat.

Tapi aku cuma hingat 3T je. Lagi 2 dh hilg dr memori aku coz banyak makan semut.huhuhu. So, aku kongsi 3 je lah. Yang 2 lagi cari sendr lah ye.hehe....T yang pertama adalah Tabah. Ni aku akui. Memang kena tabah n kuat semangat. Klau tak jiwa leh jadi sasau.Nak jadi tabah ni, kena motivate diri sendiri. Hari-hari kena cakap dengan diri sendiri. Fikir yang positif. Inilah yang aku selalu buat untuk jadi tabah.

T yang kedua adalah Terima. Terima pe lak ye? Belajar untuk terima pasangan seadanya.Hahaha..Aku rasa klau bukan pasangan jarak jauh pun perlu ada sikap cmni.Pasangan kita memang ada mcm2 sifat. Mungkin sesetengahnya kita kurang senang n tak berapa suka. Tapi, agak baik kalau kita belajar untuk menerima. Aku? Sama gak.Aku cuba untuk belajar dan memahami tingkah laku dan sifat2 yang ada dalam dirinya.Semakin hari aku semakin faham. Bila dah faham, hati kita pun dah tak kecik lagi kerana kita dah memahami dia.

T yang ketiga adalah Trust. Ini pun memang betul. Aku sokong 500%. Kalau tak de kepercayaan cmna hubungan nak kekal lama? Apatah lagi klau dia tak ada depan mata kita sepanjang masa. Tau ke kita apa yang dia buat di belakang kita? Sebab tu kita kena bagi kepercayaan. Tapi dalam percaya tu pun harus hati2. Bukan kerana kita nak simpan rasa sangsi pada pasangan, tapi bg mengelakkan perkara2 yg tak diingini. Dunia sekrg, mcm2 boleh jadi. Aku? Aku percaya dia. Setakat ni, dia tak pernah wujudkan rasa sangsi dalam diri aku.hehehe......Why? Coz aku suka tanya pe aktiviti dia hampir setiap masa. Hari2 aku bagi soalan yang sama smpi dia pun mgkin dah muak nak jawab (tul ke abg?hehe).Bila aku tau dia di mana n pe yang dia buat, aku rasa lega. Wlu klu ikutkan dia leh tipu aku tapi aku tau, dia tidak sebegitu...


Pada pasangan yang berjauhan macam kami, keep it up. Kekalkan suasana bercinta tu smpi bila2. Rasa rindu itu manis. Yang buatkan rasa sayang kita pada dia semakin mekar. Hargai pasangan bila berpeluang jumpa dengan dia krn stiap pertemuan tu terlalu makna...Kita tak tau bila lagi peluang yang kita ada.....