09 June 2008

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum

Disebalik kegembiraan seminggu dua ni... bersama isteri tercinta. Bersama keluarga, bergembira dengan kereta baru. Ada terselit duka yang datang dengan mengejut... di suatu petang tanggal 23 Jamadilawal 1429H bersamaan 29 Mei 2008 perginya insan bergelar sahabat, di depan mata sendiri...satu kejadian yang sukar dilupakan... meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan yang belum pun berumur 2 tahun....

Pemergian seorang sahabat meninggalkan alam dunia yang fana. Aku tak nak bercerita panjang. Mungkin dikesempatan yang lain akan aku cuba untuk mengabadikan ke dalam blog kisah persahabatan ini. Buat ketika ini aku cuma inginkan jasa baik kawan2 semua supaya mendoakan kesejahteraan sahabat (yang mungkin kalian tak pernah mengenalinya) telah pergi dengan bacaan Al-Fatihah...