11 June 2008

Princess and Her Exercise Book


Hari ni smpi 2 entry lak aku wat. Klau dah ada idea, mencurah2 rasa nak tulis. Klau tak de tu, cam blur2 je. Entry kedua n just nak cite pasal rutin harian aku. Keje2 menanda buku2 kerja bebudak.Grrrrr....pen merah dah nak habis dakwat ni. Hujung minggu baru aku nak cari stok.

Hari ni aku tanda buku kerja sains. Masa dalam blik guru tadi aku dah habis tanda buku kerja matematik. Sebab tak sempat siap, buku kerja sains ni aku bawak balik rumah. Untuk sains, aku ajar 2 kelas. Yang aku tanda tu baru satu kelas. Yang satu kelas lagi belum hantar. Jadi sebelum gunung2 buku itu meninggi, lebih baiklah aku susutkan dulu.hehehe....

Meja 'antik' yang korang boleh tengok tu adalah meja fav aku. Itulah satu2 meja kesayangan aku. Tempat letak laptop, tempat aku tanda buku dan tempat aku menulis. Sometimes aku gunakan gak sebagai meja makan.Wuhuhu....Banyak fungsi tu. Klau dapat nnt, aku nak bwk balik sem sebagai kenang2an dari Sarawak. Aci dak gi2?hehehe....

Tengok ajelah ragam murid2 aku ni. Buku yang elok, suci dan murni tu, ditepek dengan sticker 'Cinderella'. Walaupn cinderella ni dulu fav princess aku dan aku berangan nak jd cam dia, tapi aku jadi serabut tengok buku kerja dia ni. Semak mata aku coz tertutup terus cover buku tu. Sebeso2 alah dia tepek. Bandingkan jelah dengan yang ori di sebelahnya tu. Apa kehalnye nak main tepek2 ni? Aku tak wat pun peraduan buku kerja paling 'meriah'. Suka bebeno nak tepek2. Zaman aku sekolah dulu, tak lak aku berani nak tepek2 sebarang. Takut sangat dengan cikgu dan 'hukuman'nya. Walaupun masa tu aku seorang murid yang nakal. huhuhu.....